Adakah anda sedang merasai Krisis Pertengahan Usia? (MIDLIFE CRISIS)

Ada satu frasa yang popular bagi mereka yang berada dalam golongan usia pertengahan yang pastinya anda pernah dengar atau baca iaitu midlife crisis. (Kurangkan main ML, PUBG banyakkan baca buku! Jangan terasa sangat, aku perli diri sendiri)

 

Sebelum itu apa kata anda cuba rujuk graf di bawah. (Graf sekadar gambaran saja bro, bukannya bagi nilai yang tepat)

 

RAJAH 1.0 – Graf skala kegembiraan mengikut umur individu

 

USIA 20AN KE BAWAH

 

Jika anda rujuk pada graf, anda boleh lihat pada usia muda awal remaja dalam usia belasan tahun skala kegembiraan agak tinggi juga dalam 8/10. (Macam lagu OG Ahmad Daud : dalam kehidupan ini yang terindah..melalui usia remajaa…)

 

Waktu usia bawah 10 tahun tu tidak perlu dihuraikan pastinya lebih tinggi sebab al maklumlah, itulah zaman anda kuat main game, ke hulu ke hilir dengan kawan baik, pergi memancing, main kapal terbang kertas, usia belum akil baligh. Main! Main! Main!

 

 

USIA LINGKUNGAN 20AN KE 30AN

 

Kemudian menjelang usia 20an hingga ke 30an skala kegembiraan didapati mula menurun.

 

Waktu ni buzy dengan tugasan yang pensyarah bagi, tertekan sebab exam yang mungkin anda akan gagal (siapa suruh malas), fasa umur ni juga hormon-hormon berleluasa mendesak anda mula mencari pasangan, kalau yang gagal dalam bercinta (forever alone) tu memang lagi rendah lah skala kegembiraan beliau.

 

Jika usia hayat kita dalam lingkungan 60 tahun, umur 30an itu kita boleh kategorikan sebagai usia pertengahan. Jadi pada waktu inilah mungkin berlakunya MidLife Crisis.

 

Usia di mana anda mula berkahwin membina keluarga, membina kerjaya impian serta mengukuhkan ekonomi diri. Pada waktu ini skala kegembiraan anda mungkin agak rendah. (Bangun, kerja, kerja, makan, balik kerja, tidur, bangun, kerja) x 365 hari.

 

 

MENJELANG 40AN KEHIDUPAN MULA BERUBAH

 

Walaubagaimana pun, kajian yang dijalankan di Clark University oleh Jeffrey Arnett (2018), pada usia 40 hingga 60 pula, skala kegembiraan berada pada tahap yang baik. Daripada 834 responden yang diselidik, majoriti 82% merasakan mereka berpuas hati dengan kehidupan masing-masing.

 

Cuba anda lihat semula rajah 1.0 di atas, pada usia 40an dan ke atas, memang graf menunjukkan skala kegembiraan itu semakin meningkat.

 

Boleh jadi anda dah ada anak yang besar, yang selalu buat anda tertawa terhibur setiap hari, boleh jadi anda dah selesa dengan kerjaya anda, anda dah ada kediaman, ekonomi diri yang kini stabil (seminggu sekali nak makan KFC takda hal!), selipar pun selalu sampai di masjid (faham-fahamlah dah berusia).

 

Pada usia ini besar kemungkinan anda mula tenang, bahagia dengan kehidupan yang ada sedang lalui. Ya anda tetap merasai tekanan kehidupan, namun atas faktor kematangan, kekeluargaan, anda lebih mudah mencari kegembiraan. Anda sudah melepasi MidLife Crisis.

 

 

Oleh yang demikian, berhati-hatilah andainya anda sedang melalui MidLife Crisis, perlunya ada keyakinan bahawa segala cabaran, kesusahan yang anda sedang hadapi, segalanya anda akan mampu harungi, hadapi dan lalui dengan bergaya

 

Dan apabila sampai masanya, anda juga akan merasai kebahagiaan dan ketenangan di hujung usia kelak, InsyaAllah. Kerja keras agar MidLife Crisis berlalu dengan segera, dan..

 

..carilah kegembiraan tak kira berapa pun usia anda!

About Amirul Ramli

Seorang guru dan penceramah profesional. Pemegang ijazah sarjana muda Kejuruteraan Komunikasi (UIA) dan ijazah sarjana Teknologi Pengajaran (UIA). Mula aktif menulis artikel dan menerbitkan podcast sejak 2012 lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *