Jika ingin melangkah jauh perlu bersama, andai ingin melangkah laju perlu bersendirian. Anda setuju?

Pastinya anda pernah mendengar quote bahasa Inggeris yang sering digunakan oleh kita mungkin anda sendiri pernah gunakan iaitu

If you want to go quickly, go alone. If you want to go far, go together.

Kalau nak tahulah, itu ialah peribahasa lama Afrika. Bila anda terjemahkan akan berbunyi “jika anda berhasrat mara ke depan dengan cepat, maka bergeraklah seorang. Namun jika anda mahu pergi lebih jauh ke hadapan, bergeraklah bersama-sama”

 

Mungkin ada yang kurang jelas lagi, oleh yang demikian nak senang kata bahasa pasar dia macam ni lah.

Kau nak cepat kan? Haa pergi lah jalan sorang sana. Kalau mu nak pergi jauh, better cari peneman. Sedar sikit diri tu, ingat boleh pergi jauh ke ha sorang-sorang? (ayat last saya tambah)

 

Persoalan yang timbul kini, adakah anda bersetuju? Adakah anda merasakan kalau nak pergi jauh maju kehadapan dalam hidup ini, anda perlu ada seseorang bersama, (rakan kongsi, sahabat sealiran, kawan sekepala),

 

Perlu ada ke rakan seperjuangan untuk bergerak sekali? atau anda rasa lebih mudah bergerak seorang, mudah nak uruskan dan selama ni pun memang anda sorang-sorang je yang buat kerja.

Jawapannya, pada pendapat saya. Ya dan juga Tidak. (Jawapan cliche tahap dewa).

 

Ya, semestinya anda perlukan rakan kongsi andainya misi anda sesuatu yang tak boleh anda uruskan sendirian. Contohnya kedai makan. Mustahil anda sorang mampu mengerakkannya.

Namun bagi kerjaya yang melibatkan kreativiti (pelukis, pengkarya seni, pembuat video), bergerak secara berpasukan bukanlah satu perkara yang terbaik. Anda perlukan masa berseorangan bagi memungkinkan segala kekreatifan (perkataan reka sendiri) anda tercetus.

 

Oleh yang demikian, di penghujung 2018 ini. Sebelum anda berazam 2019, tanya diri anda satu soalan yang penting.

  • Aku nak naik gunung dan tak kisahlah kalau seorang diri je panjat sebab aku yg nak cabar diri aku kan?
  • Atau aku nak sangat panjat gunung bersama sama dengan kawan-kawan aku di atas.

 

Tak kisah yang mana-mana, apa yang penting jangan sangka kalau seorang diri tak boleh pergi jauh, dan jangan pula beranggapan kalau berkumpulan tak boleh bergerak dengan cepat. 

About Amirul Ramli

Seorang guru dan penceramah profesional. Pemegang ijazah sarjana muda Kejuruteraan Komunikasi (UIA) dan ijazah sarjana Teknologi Pengajaran (UIA). Mula aktif menulis artikel dan menerbitkan podcast sejak 2012 lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *