Macam mana nak kawal stress

Memandangkan majoriti manusia di era millenium ni semakin kurang membaca disebabkan attention span yang semakin berkurang, jadi saya nak terus bagi anda jawapan kepada tajuk kita pada hari ini iaitu satu kunci penting bagaimana cara untuk kita mengawal stress.

 

Banyak sebenarnya faktor-faktor yang perlu diberi perhatian jika anda ingin menguruskan tekanan dalam hidup anda dengan baik, bagaimana pun kunci yang ingin saya kongsikan ini memang sudah cukup untuk membantu anda.

Senang cakap kalau dapat pegang benda ni pun memang power lah anda! (eh bila nak bagitahu ni, tadi kata nak terus bagitahuuu)

 

Baik kunci paling penting untuk macam mana nak kawal stress dalam hidup anda ialah

Latih diri untuk tidak berharap

 

Pastinya anda perasan, banyak kekecewaan dalam hidup ini berlaku disebabkan anda terlalu berharap pada sesuatu perkara.

 

Anda berharap satu perkara tu berjalan seperti anda harapkan, namun bila ia tidak berlaku, maka tekanan mula muncul dalam hidup anda.  

Saya bagi contoh lain, saya suka dekat seseorang.

Kemudian saya berharap agar orang itu juga suka pada saya. Saya meluahkan perasaan saya. Namun rupanya-rupanya dia tak suka saya pun, malah dia sudah berpunya. Jadi sebab saya berharap, saya yang kecewa. Macam mana kalau daripada awal-awal lagi saya tak berharap langsung? Nampak kan kebaikkannya?

 

Jangan salah faham, tak berharap bukan bermaksud tak mencuba.

Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa berfikiran optimis. Sentiasa fikir positif dengan masa hadapan. Jika anda seorang optimis, anda akan berpegang kuat dengan prinsip, aku yang menentukan masa depan aku sendiri.

Berbalik kepada situasi tadi. Sikap optimis memberi saya kekuatan untuk meluahkan kepada perempuan tersebut perasaan saya.

 

Jadi sikap optimis sangat penting untuk sebelum sesuatu tindakan, dan sikap tidak mengharap pula penting selepas sesuatu tindakan dibuat.

Sebelum bertindak – Optimis
Selepas bertindak – Tidak mengharap (Tawakal)

 

Saya bagi satu contoh lain, katakan anda masuk pertandingan. Sebelum masuk pertandingan perlu ada sikap optimis dalam diri anda. Kalau anda seorang yang pesimis (fikir negatif) pastinya anda tak masuk pun pertandingan itu. Jadi sebelum masuk pertandingan perlu anda optimis.

 

Baik setelah anda masuk, anda dah buat yang terbaik. Waktu inilah perlunya ada sikap tidak mengharap selepas pertandingan itu. Tak kira apa juga keputusan yang diumumkan, anda tawakal dan terima seadanya sebab anda tak mengharapkan kemenangan.

 

Nampak dah kan? Senang je cara nak elakkan stress dalam hidup ini. Jadi cuba try test praktikan tips pengurusan stress ini dalam kehidupan anda. Yang penting ingat, 

 

Sebelum bertindak – Optimis
Selepas bertindak – Tidak mengharap (Tawakal)

 

About Amirul Ramli

Mula aktif menulis artikel-artikel dan menerbitkan podcast dalam blog sejak 2012 dan sekarang bertugas sebagai seorang guru. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Selalulah singgah blog ini kalau anda pun minat dunia motivasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *