Anda stress di tempat kerja? Tips ini khas untuk anda

Majoriti daripada kita berada dalam golongan pertengahan. Oleh yang demikian merasai kesusahan mencari sesuap nasi setiap hari itu sudah semestinya menjadi kemestian.

Kalau tak rasa penat, tak rasa letih, bukan kerjalah namanya. 

Anda pernah rasa tertekan berada di tempat kerja? Rasa kenapa lah lambat sangat jam di dinding pejabat tunjuk jam 5 petang.

Saya jamin gerenti ada punya kan? Mesti kita pernah merasai saat di mana kita penat dengan kerja yang kita buat, dan dalam fikiran hanya nak balik rumah dan berehat. 

 

Saya pernah berkerja sebagai seorang juruwang di pasaraya Jusco. Rasanya inilah kerja yang paling stress bagi saya, lagi lagi bila perlu jaga kaunter di bahagian pasar iaitu tempat barang-barang basah dijual. 3-4 jam berdiri tu perkara biasa sebagai juruwang.

Namun perlu diingat, jangan biarkan tekanan tempat kerja anda mempengaruhi keseluruhan hidup anda. Berikut adalah tips yang boleh anda ambil bagi mengawal kadar stress di tempat kerja. 

 

PULANG MENGIKUT WAKTU YANG DITETAPKAN

Ada orang sangat suka ambil OT (Overtime). Maklumlah demi mengaut sebanyak mana duit selagi kudrat ada. Masa, tenaga dikorbankan. AWAS! Jangan sampai sikap kuat berkerja anda memberi kemudaratan di hari kemudian.

Ada masanya, tubuh badan anda perlukan rehat untuk menyegarkan kembali kondisi mental dan fizikal anda. Keletihan yang dibiarkan terkumpul hari demi hari sangat merbahaya!

 

BERANI UNTUK MENGATAKAN TIDAK

Anda mungkin seorang yang baik dan ramah di tempat kerja anda. Namun, jangan sesekali anda mendatangkan kesusahan buat diri anda sendiri. 

Saya ada seorang rakan, dan andainya anda minta tolong, sy jamin dia akan jawab BOLEH, sebab dia memang begitu. Apa saja permintaan orang lain, akan cuba dia bantu. Akhirnya dia yang selalu kepenatan dan prestasi kerja nampak terganggu.

Oleh itu, anda perlu utamakan dahulu tugasan yang perlu anda selesaikan, andainya ada kelapangan barulah anda menghulurkan bantuan kepada orang lain.

 

SEDAR ANDA ADA DUNIA DI LUAR

Walaupun banyak masa dari hidup anda dihabiskan atas dasar berkerja (9am-5am),cukuplah sekadar anggap perkerjaan hanya sebahagian dari hidup anda. Bukan sepenuhnya.

Jangan sesekali biarkan masalah tempat kerja, beban tempat kerja, mempengaruhi separuh lagi kehidupan anda.

 

Anda masih ada keluarga, masih ada kawan-kawan, masih ada hubungan yang perlu dijaga, kita masih ada kehidupan yang dapat memberikan kebahagiaan buat anda.

Ini penting sebab bila anda sedar yang sumber kegembiraan hidup anda bukan satu-satunya datang dari tempat kerja, anda akan jadi lebih tenang dan dapat menghadapi tekanan di tempat kerja dengan baik.

 

Wah Amirul, nampak ceria kau hari ni. Kitorang semua tengah stress sebab kerja makin banyak ni. Kau nampak happy pulak kenapa?”

Mau tak happy, malam ni aku dengan bini aku dah plan nak makan sedap-sedap dekat luar” balas Amirul tersengih. 

 

 

 

-Ingat anda ada dunia lain juga, selain dunia pekerjaan-

About Amirul Ramli

Mula aktif menulis artikel-artikel dan menerbitkan podcast dalam blog sejak 2012 dan sekarang bertugas sebagai seorang guru. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Selalulah singgah blog ini kalau anda pun minat dunia motivasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *