[Tips Urus Stress] – Kes bunuh diri disebabkan kemurungan dan tekanan hidup

Adakah anda pernah mengalami masalah kemurungan atau depression? Jangan main-main sebab kemurungan adalah satu perkara yang serius.

Dari kesan yang kecil seperti moody, selalu bersedih, menyendiri sehinggalah kepada kesan yang besar seperti mencederakan diri sendiri sehingga ada yang membunuh diri.

Saya sendiri ada kawan yang mengaku pernah cuba bunuh diri disebabkan depression

 

Jika anda baca akhbar Harian Metro, ada berita yang mengatakan kira-kira satu pertiga penduduk negara ini mengalami penyakit kemurungan seumur hidup berdasarkan statistik Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada 2015.

 

Pastinya anda sendiri pernah dengar kes bunuh diri disebabkan tekanan hidup, kan? Antara kes bunuh diri yang berkait dengan isu kemurungan :

1) Lin Jiaying, seorang pelajar cemerlang 10A SPM mengambil tindakan membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14 apartmen. Dia meninggalkan sepucuk surat dengan mengatakan dirinya berada dalam keadaan tekanan yang tinggi dan tidak mahu mengecewakan kedua ibu bapanya.

2) Seorang guru wanita 57 tahun, Johor Bahru menggantung diri di kediamannya. Mangsa dikatakan menghidap kanser payudara dan mengalami masalah tekanan emosi 

3) Seorang pelajar tingkatan 2, (pastinya ada baca tentang kes ini). Beliau dikatakan mencuri telefon bimbit gurunya. Dan mungkin disebabkan tekanan berat yang dihadapi menyebabkan dia mengambil tindakan yang tidak wajar

 

Jadi stress atau tekanan hidup perlu diuruskan dengan bersungguh-sungguh. Jangan biarkan hidup anda dibelenggu dengan stress. Mesti kena belajar uruskan stress dengan baik.

Antara tips pengurusan stress yang boleh anda gunakan sekarang ialah

BELAJAR MINTA TOLONG

Saya ingat lagi waktu saya belajar di Matrikulasi dulu, duit takde! Nak makan memang tak ada duit. Disebabkan ayah dah meninggal dan ibu tidak berkerja, saya tak tahu nak buat apa. Sampai gastrik saya waktu tu sebab tak cukup makan.. Sob sob..

Mujurlah ada satu perkara yang saya buat, yang menyelamatkan saya dari tekanan hidup waktu tu. Iaitu saya mula

BELAJAR MINTA TOLONG

 

Ya, saya beranikan diri dan minta tolong mak cik saya. Sebelum ni saya langsung tak pernah hubungi dia. Dan ternyata dia tak kisah malah suka untuk bantu saya.

Oleh yang demikian, ingatlah tak kira betapa susah pun cabaran hidup yang anda sedang hadapi, pastinya ada orang yang boleh tolong anda. Mesti ada punya!

 

Andainya tak ada orang sekalipun yang dapat tolong anda, sekurang-kurangnya cubalah untuk luahkan tekanan atau cabaran yang sedang anda hadapi kepada orang lain. Usah dipendam.

Itu pun sudah memadai untuk menguruskan stress anda dengan baik. Ingat belajar uruskan stress anda untuk hidup lebih gembira!

About Amirul Ramli

Mula aktif menulis artikel-artikel dan menerbitkan podcast dalam blog sejak 2012 dan sekarang bertugas sebagai seorang guru. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Selalulah singgah blog ini kalau anda pun minat dunia motivasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *