Tips hilangkan stress dan kurangkan kemurungan

Nak tahu tak satu aktiviti yang kalau anda maintain buat akan jadikan anda seorang yang lebih gembira dalam hidup? 

Dalam Modul Sains Pengurusan Stress ada cerita lebih lanjut tentang benda ni. 

“Cumanya saya pasti anda sendiri dah tahu tentang impak positif aktiviti ni dan mesti ramai pun gerenti tahu juga”

Namun tak semua mampu buat. Sebab nak buat benda ni secara berkala memerlukan kekuatan disiplin dan motivasi yang tinggi.

 

Apa benda yang saya maksudkan ni? Haha.. Tak lain tak bukan, benda yang kalau anda selalu buat, dan akan hilangkan stress serta kurangkan risiko kemurungan ialah

BERSENAM

 

“Haa kan saya dah cakap anda dah tahu benda ni”

World Health Organization (WHO) memberikan saranan bahawa anda yang berusia antara 18-64 tahun sekurang-kurangnya perlukan 150 minit senaman (Intensiti sederhana : Jogging, dll) dalam seminggu. Atau pun 75 minit senaman (Intensiti tinggi : Senam Robik, dll) dalam seminggu.

 

Anda suka angkat dumbell? Jika ya, ada berita baik buat anda.

Kajian terbaru dari University of Limerick yang diterbitkan dalam JAMA Psychiatry, medical journal edisi bulan ini mengatakan

Lebih kurang 2000 sukarelawan yang melakukan strength training, (senaman angkat beban) menunjukkan pengurangan risiko kemurungan secara signifikan. 

 

Malah kajian terdahulu juga ada mencadangkan bahawa aerobic exercise seperti berlari, berbasikal, berenang, dll merupakan satu bentuk terapi konvensional yang efektif bagi mengurangkan kemurungan terhadap seseorang.

Jadi sebagai salah satu langkah pengurusan stress yang baik, sebab anda mesti nak hilangkan stress dalam hidup anda kan? Silalah segera amalkan aktiviti senaman secara berkala dalam kehidupan anda. 

 

Oleh yang demikian, saya tinggalkan anda dengan satu pertanyaan

SUDAHKAH ANDA BERSENAM PADA MINGGU INI?

About Amirul Ramli

Mula aktif menulis artikel-artikel dan menerbitkan podcast dalam blog sejak 2012 dan sekarang bertugas sebagai seorang guru. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Selalulah singgah blog ini kalau anda pun minat dunia motivasi

One thought on “Tips hilangkan stress dan kurangkan kemurungan

  1. Alamak saya teringgal benda penting dalam hidup ini…

    saya sudah tidak bersenam

    yang ada konsisten berjalan kaki hampir setiap hari ke Masjid,kedai dan sebagainya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *