Satu tips power hilangkan stress anda sekarang

Anda nak hilangkan stress yang mengganggu hidup anda secepat mungkin?

Ada satu tips mudah yang anda boleh pegang mulai hari ini. Jadi nak mengelakkan anda bertambah stress, saya terus beritahu.

Benda yang boleh anda buat untuk mengawal stress sekarang juga ialah..

JANGAN BERFIKIR.

 

 

Ya, jangan fikirkan perkara yang membuatkan anda rasa tertekan.

Apa dia? Dah tahu? Memang lah semua orang dah tahu, namun tak ramai yang mampu buat sebab tak tahu caranya. Jadi cara untuk anda alihkan pemikiran anda itu adalah dengan

BERGERAK

 

Ya bergerak. Maksudnya anda sentiasa in motion. Sentiasa bergerak buat kerja. Sentiasa berjalan dan menggerakkan tubuh badan anda. Lagi aktif anda bergerak lagi lapang fikiran anda.

Sebab bila anda sibukkan diri dengan urusan seharian seperti kerja, tugasan dan lain-lain, minda anda akan terjaga serta tidak menerawang.

 

 

Perkara yang sangat penting anda perlu sentiasa ingat,

“Minda yang lapang, minda yang mudah diganggu”

Oleh yang demikian, gerakkan badan anda. Kalau dah tak tahu nak buat apa boleh berjalan kaki keluar rumah bersiar siar.

 

Pergilah jalan-jalan tepi tasik yang tenang, taman bunga yang berwarna warni, atau shopping complex yang riuh dengan orang ramai. Yang penting sentiasa bergerak. 

 

 

Tahukah anda pengkaji dari Stanford University mendapati aktiviti berjalan kaki mampu meningkatkan pemikiran kreatif anda sehingga 60%? 

Jadi ingat keep your body in motion! dan anda akan jadi lebih relaks sekarang. Confirm!

About Amirul Ramli

Mula aktif menulis artikel-artikel dan menerbitkan podcast dalam blog sejak 2012 dan sekarang bertugas sebagai seorang guru. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Selalulah singgah blog ini kalau anda pun minat dunia motivasi

3 thoughts on “Satu tips power hilangkan stress anda sekarang

    1. Ya setiap orang ada stress tolerance yang berbeza. Yang penting kita uruskannya dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *