Cara mudah hilangkan stress dalam hidup anda

Nak dengar benda kelakar? Hehe.. (Tak cakap lagi dah gelak sendiri). Orang yang dalam keadaan stress yang tinggi, pastinya sukar untuk tidur.

Namun orang yang tidur dengan berkualiti dapat mengurangkan stress dalam hidup mereka. Pening tak?

Maksudnya kalau anda jaga tidur anda dengan baik, tidur yang mencukupi dan berkualiti, pastinya kehidupan anda akan lebih gembira.

Ini kerana bagi orang yang tidak cukup tidur, memori, pemikiran, serta emosi akan terganggu.  

 

Cumanya bila dah stress nak tidur pula susah sebab fikiran terganggu. Maklumlah otak sedang berserabut macam-macam benda nak fikir, memang susahlah nak tidur kan.

Nak senang cakap, kalau tak tidur akan stress, kalau tidur pula akan hilang stress, tapi kalau stress macam mana nak tidur?. Haha 

Oleh yang demikian, usah tunggu sehingga dah ada kronik stress baru nak jaga kualiti tidur. Prihatin terhadap kualiti tidur anda mulai saat ini. Amalkan tidur yang sihat dan mencukupi.

 

Kalau anda dapat tidur yang lebih baik, hidup anda akan jadi lebih baik, kata Dr Raymonde Jean, St Luke’s-Roosevelt Hospital Center, New York. Kebanyakan golongan dewasa memerlukan 7-8 jam tidur setiap malam tambahnya lagi

Kesimpulannya belajarlah uruskan stress dengan baik dan antara langkah yang boleh diambil adalah dengan ambil berat terhadap kualiti tidur anda mulai malam ini

About Amirul Ramli

Mula aktif menulis artikel-artikel dan menerbitkan podcast dalam blog sejak 2012 dan sekarang bertugas sebagai seorang guru. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Selalulah singgah blog ini kalau anda pun minat dunia motivasi

2 thoughts on “Cara mudah hilangkan stress dalam hidup anda

  1. latih diri supaya tidur dalam masa yang konsisten setiap hari…

    tentu sangat beruntung kepada mereka yang tidak bekerja syif kerana boleh tidur dengan konsisten pada waktu malam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *