3 Tips berkesan bagi mengatasi kemurungan dan menjadi lebih gembira

Seperti yang anda dah tahu dan dah baca banyak artikel dalam blog ini, kemurungan merupakan satu penyakit yang serius malah disebut sebagai salah satu common mental illness.

Jadi tak perlu bagi intro panjang-panjang kita terus kepada 3 tips yang berkesan bagi mengatasi masalah kemurungan dalam hidup anda.

“Cuba amalkan tips yang akan saya kongsikan ni, pasti berlaku perubahan dalam hidup anda. Trust me bro!”

 

1. Hati hati dengan tabiat fikir terlebih

Anda faham ke apa yang saya maksudkan dengan fikir terlebih?

Contohnya satu hari anda pergi kenduri saudara anda. Lepas tu anda tengok ada mak cik – mak cik bawang yang sedang ketawa sambil menjeling ke arah anda.

Adakah anda rasa mereka sedang bergossip tentang anda? Anda rasa mereka tengah kutuk anda?

Jika anda rasa begitu, besar kemungkinan anda memang suka fikir terlebih. Ingat, elakkan dari menganalisis perkara yang anda tidak pasti. Mungkin ya memang mereka berkata sesuatu tentang anda. Lantak lah. 

 

Ini kerana tindakan anda yang terlalu banyak fikir hanya akan memburukkan keadaan emosi dan psikologi anda. Sebab boleh jadi mereka sedang memuji anda juga kan? Hatta jika mereka mengutuk sekalipun, andainya anda tidak endahkan pastinya emosi dan jiwa anda akan tetap kekal tenang.

“”Oleh itu ingat bro, hati hati jangan fikir terlebih”

 

2. Tahan diri dari hidup di masa lepas

Hidup di masa lepas bermaksud fikiran anda selalu menerawang atau time travel ke masa silam.

Boleh jadi anda ingat balik ke zaman sekolah, zaman belajar. Zaman di mana anda rasa hidup anda penuh dengan kebahagian.

 

Boleh jadi juga anda suka ingat semula peristiwa tak best yang berlaku dalam hidup anda.

Contohnya hari ni anda kena marah dengan seorang pemandu jalan raya yang tak beretika. Sedangkan anda tahu dia yang salah, tapi dia pula yang bising-bising.

Jadi bila anda balik rumah, anda asyik terbayang-bayang semula peristiwa tadi tu. Mungkin anda terfikir waktu tu apa yang patut anda buat, apa yang sepatutnya anda cakap.

 

Itu semua tak perlu, sebab perkara dah lepas. Masih ingat lagi kan point no 1 di atas? Elakkan diri dari fikir terlebih.

“Jadi terus saja ambil apa yang berlaku sebagai satu pengajaran, usah fikirkan lagi dan terus move on with your life”

 

3. Tahan diri dari hidup di masa depan

Kalau tadi tahan diri dari terlalu fikirkan benda dah lepas, yang ni elakkan juga diri anda terlalu risau dengan apa yang bakal berlaku di masa hadapan.

Jika anda baca mana-mana buku psychology, pastinya anda akan jumpa pernyataan bahawa kemurungan boleh berpunca dari pengharapan anda terhadap apa yang bakal berlaku dalam hidup.

 

Bak kata abang saya sendiri, jangan terlalu berharap, nanti kecewa.

Ada benarnya, jika anda teliti semula hidup anda. Boleh dikatakan kesedihan, frust, kekecewaan anda disebabkan anda mengharap sesuatu perkara, namun perkara tersebut berlaku.

Saya pernah berharap menang satu juta dalam cabutan bertuah SSP BSN. Bukan main kecewa lagi saya waktu tu bila tak dapat. Haha

 

Sering saya sampaikan dalam video yang saya buat, dalam hidup ni ada perkara yang boleh anda kawal, dan ada pula perkara yang tidak boleh anda kawal.

Anda tak boleh kawal fikiran orang lain terhadap anda, atau sikap orang lain terhadap anda. Itu semua diluar kawalan kita. 

 

Walau bagaimanapun, ada dua benda yang boleh anda control. Fikiran anda, dan tindakan anda.

Oleh yang demikian, sila fokuskan fikiran anda pada sudut pandang yang positif, dan kawal tindakan anda dengan hanya melakukan perkara yang mendatangkan kebahagian buat anda.

“Ingat, anda boleh pilih untuk gembira!”

About Amirul Ramli

Mula aktif menulis artikel-artikel dan menerbitkan podcast dalam blog sejak 2012 dan sekarang bertugas sebagai seorang guru. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Selalulah singgah blog ini kalau anda pun minat dunia motivasi

3 thoughts on “3 Tips berkesan bagi mengatasi kemurungan dan menjadi lebih gembira

  1. In shaa Allah saya cuba untuk mengawal dari terus berfikir tentang masa yang lepas dan masa yang akan datang kecuali fikir-fikir yang baik-baik sahaja..

    memang artikel ini sangat bermanfaat rasanya

    1. Ya fikir apa yang boleh dibuat pada masa sekarang demi kebaikan masa hadapan adalah langkah yang terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *