[Psikologi]-Kenapa anda bergaduh isu politik sedangkan tahu ia takkan habis

Pilihan raya sudah berlalu, musim raya pula bakal menyusul.

Adakah anda masih bertikam lidah, berdebat dengan seseorang mengenai isu politik?

Isu yang tak berkesudahan seperti parti mana yang betul, parti mana yang salah, siapa yang sepatutnya menang, dan siapa yang sepatutnya kalah.

 

Apa kata, hentikan saja ketidakpuasan hati anda dan jangan ambil risiko berbincang isu politik bersama dengan orang yang terdekat dengan anda seperti saudara mara, jiran tetangga malah bakal mertua anda!

“Kalau borak gaduh dengan member tu takpe la juga”

 

Sila berhati-hati jika anda ingin berborak mengenai politik. Ini kerana Prof Leon Festinger, pakar psikologi terdahulu ada mengatakan

 

Prinsip yang sudah sebati,
untuk diubah sukar sekali

Setiap orang ada prinsip masing masing, ada yang sokong BN, ada yang jiwanya Keadilan, ada yang berpegang pada PAS, dan lain-lain parti.

Setiap orang berbeza prinsipnya. Sebab itulah undi itu satu rahsia.

 

Prof Leon Festinger turut mengatakan, Jika satu pendapat sendiri (yang kuat) bertemu dengan satu pandangan orang lain yang bercanggah, ia akan menimbulkan rasa tidak selesa secara dalaman.

Uncomfortable internal inconsistency atau inilah yang dinamakan

Cognitive dissonance.

 

Jadi bila seseorang individu dah rasa tak puas hati, antara cara untuk menghilangkan rasa ketidakselesaan itu, individu terbabit akan cuba mencari alasan bagi membuktikan kepercayaan yang dimilikinya adalah tepat.

 

Yang pilih BN akan cari sebab mengapa BN bagus, yang pangkah PH akan bagitahu kenapa PH terbaik dan yang ikut PAS juga akan terangkan kenapa perlu pilih PAS.

Memang ianya isu yang takkan habis, lagi lagi politik ekstrem (Merasakan hanya satu parti saja yang betul)

Tu yang kalau gaduh pasal politik, memang takkan ada siapa yang menang.

 

Cognitive dissonance menyebabkan seseorang yang berpegang pada prinsipnya sendiri terus kekal dan sukar untuk merubah pandangan sendiri serta payah untuk menerima pandangan orang lain.

 

Individu ini tidak menghiraukan pendapat berbeza malah imun terhadap bukti-bukti dan penjelasan rational pihak bertentangan.

 

Prof Leon Festinger menerangkan lagi,
“Cakap pada dia yang kau tak setuju, dan dia akan tutup telinga. Tunjukkan pada dia bukti serta fakta, dan dia akan persoalkan sumber dari mana kau dapat. Malah cakaplah padanya sesuatu yang logik sekalipun, dia tetap tak akan nampak isi yang cuba kau sampaikan”

Ini kerana

Orang yang prinsipnya sudah sebati,
untuk ubah pemikirannya sukar sekali.

Jadi daripada peningkan kepala, apa kata hormat pendirian orang lain demi  mengelakkan pergaduhan sesama jiran tetangga malah ahli keluarga sendiri.

 

Apa kata pilih untuk lalui hari anda dengan rasa gembira dan menenangkan. Tak sakit jiwa ke asyik nak bertikam lidah je?

 

Usah dilihat perbezaan yang sedikit, jika persamaan itu lebih banyak.

Hari Raya nak dekat ni!

 

P/s : Kagum dengan orang politik. Mesti jiwa kental walaupun dikutuk dan diperli boleh buat biasa je. Saya tak boleh, mudah kecik hati. Haha

About Amirul Ramli

Mula aktif menulis artikel-artikel dan menerbitkan podcast dalam blog sejak 2012 dan sekarang bertugas sebagai seorang guru. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Selalulah singgah blog ini kalau anda pun minat dunia motivasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *