[PENGURUSAN STRESS] – Sakit Hati dengan Member? Abaikan Segera

Kawan bergurau sampai anda kecil hati?

Salah faham dan merajuk dengan seseorang?

Itu semua tekanan atau stress yang kecil.

Walau bagaimanapun kajian terkini mendapati stress yang kecil juga perlu ditangani segera! Cara anda respon terhadap perkara yang mendatangkan stress memberi impak yang besar terhadap kesihatan fizikal anda.

 

 

Pengkaji daripada Universiti of California mendapati walaupun stress yang anda  hadapi kecil, namun sekiranya anda terlalu pedulikan isu tersebut, dalam jangka masa panjang kesihatan anda bakal terjejas.

“Kajian kami menunjukkan, emosi negatif yang terus berlegar-legar selepas peristiwa stress berlaku, memberikan kesan kepada kesihatan tubuh badan kita dalam jangka masa panjang” Kate Leger, University of California.

Rujuk Journal [Let It Go: Lingering Negative Affect in  Response to Daily Stressors Is Associated With Physical Health Years Later]

 

 

Masalah kardiovaskular, kemurungan, dan banyak masalah kesihatan boleh dikaitkan dengan stress sebagai risk factor.

Teringat semasa zaman Universiti dulu,ada seorang member sebilik tanya

“Kau rasa apa kekurangan aku. Apa aku perlu buat supaya semua orang suka dekat aku?”

Saya membalas. “Mustahil, cuba tengok selipar di luar bilik kita. Ada macam-macam warna dan jenis. Setiap orang suka benda yang berbeza jadi susah nak buat semua orang suka pada kita”

 

 

Oleh yang demikian, sila kentalkan jiwa anda.

Andainya ada orang mempertikaikan  tindakan anda itu normal. Yang penting anda tahu keputusan yang anda buat terbaik bagi anda.

Apa nak buat, kita manusia yang lemah. Bila rasa kecil hati atas perbuatan seseorang itu biasa, tapi andainya anda layan perasaan tersebut lama-lama, itu mengada!

 

About Amirul Ramli

Mula aktif menulis artikel-artikel dan menerbitkan podcast dalam blog sejak 2012 dan sekarang bertugas sebagai seorang guru. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Selalulah singgah blog ini kalau anda pun minat dunia motivasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *