Penceramah Tips Pecutan Akhir Pelajar SPM

SPM merupakan peperiksaan terbesar yang perlu dihadapi pelajar sekolah. Dan langkah yang terbaik untuk menduduki SPM sudah tentunya pelajar perlu bermula dari awal tahun lagi. 

Macam mana pun tetap ada langkah yang boleh diambil bagi memastikan setiap masa berbaki yang tinggal sebelum mulanya SPM dapat digunakan sebaiknya. 

Baik, berikut adalah tips pantas persediaan SPM atau langkah pecutan akhir untuk SPM

“BUAT CONTOH KERTAS SOALAN SEBANYAK MUNGKIN”


Ya, satu tips obvious yang pastinya anda juga sudah tahu. Untuk memanfaatkan masa yang singkat, pelajar perlu elakkan dari study topik yang sudah mahir atau topik yang dah confirm boleh jawab.

Sebaliknya dengan buat contoh kertas soalan, pelajar dapat mencari topik lain apakah yang masih perlu difokuskan.

“Sebab bila buat contoh kertas soalan, baru akan perasan ada topik yang masih belum faham.”


Oleh yang demikian, pelajar dapat menggunakan baki masa yang tinggal untuk cover segala topik yang mustahak. 

Langkah kurang bijak apabila pelajar ulang kaji mengikut turutan bab, dari bab 1 hingga bab akhir. Sedangkan sepatutnya pelajar boleh hanya fokus kepada topik yang pelajar lemah. Tak begitu?


Mencari Penceramah Skor Akademik untuk ceramah pecutan akhir SPM?


Klik video untuk penerangan modul ceramah

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply