Adakah Anda Suka Memperlekehkan Diri Anda?

Ada satu kata kata power yang diungkapkan oleh pak cik saya semasa saya masih kecil dulu. Waktu tu rasanya saya tak faham apa yang dia cakap. Dia kata…

“Dalam hidup ada benda yang penting.. antaranya kau jangan rendah diri”

Kata kata yang ada makna tersirat. Anda boleh nampak? Biasa kan orang kata hidup ni jangan meninggi diri, jangan sombong sangat, biar rendah diri. Tak begitu? 

Habis apa agaknya maksud kata kata pak cik saya pada waktu itu? Hmm.. Semakin lama bila usia semakin meningkat, hidup yang pantas berlalu, cabaran yang silih berganti telah membuatkan saya faham kata kata tersebut.

Apa yang dia nak maksudkan mungkin,


JANGAN SESEKALI ANDA PANDANG RENDAH KEMAMPUAN DIRI ANDA

Tak ada yang lebih teruk dari mempertikaikan diri sendiri. Kalau orang lain perli, orang lain yang merendahkan okay lagi, tapi kalau diri sendiri yang tak percaya pada kemampuan sendiri, susah jadinya! 

Sebab berjayanya anda, bila anda adalah seorang yang hebat dalam satu bidang yang anda ceburi. 

Hebatnya anda dalam bidang yang anda ceburi, bila anda adalah seorang yang berani untuk buat pilihan dan mahirkan diri dalam bidang tersebut.

Beraninya anda untuk buat pilihan, bila anda adalah seorang yang YAKIN PADA KEMAMPUAN DIRI

Yakinnya anda pada kemampuan diri, bila anda seorang yang berani menerima kelemahan diri, sentiasa berusaha jadi lebih kuat serta tidak merendahkan keupayaan diri.

Lantaran tidak merendahkan diri itulah membuatkan anda berani untuk mencuba sesuatu yang baru dan terus bergerak laju ke depan.


TIPS UNTUK TIDAK MERENDAHKAN DIRI

1. Percaya bahawa keperitan yang anda lalui adalah satu bentuk pengajaran yang bakal menjadikan anda seorang yang lebih hebat. Cuba buat sesuatu yang baru tanpa perlu fikir isu gagal. Gagal tu biasa lah, liku liku kehidupan. Yang penting percaya boleh belajar dari apa yang berlaku (contoh: bisnes, melabur saham, melanjutkan pelajaran)

2. Sedar yang tiada manusia yang sempurna. Jadi kalau tak berjaya dalam satu perkara, jangan rendahkan diri sebaliknya segera bangkit dan belajar jadi lebih baik. Orang yang merendahkan diri, akan give up. Tapi tidak bagi anda, anda seorang yang percaya pada diri. 

3. Hebatnya anda bukan sejak lahir, tapi kehebatan anda terbina bila anda percaya pada diri sendiri walaupun dipandang rendah orang lain. Tak perlu banding dengan orang lain, hanya fokus untuk melepasi tahap terbaik yang mampu dicapai oleh diri anda sendiri. Mesti percaya yang diri anda sentiasa jadi lebih baik dari semalam.  


P/S : Sudahkan anda mendengar podcast motivasi terbaru daripada saya? Terima kasih kalau dah dengar! 


About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply