TANGANI STRESS : Belajar untuk abaikan benda benda yang kecil

Hai apa khabar hari ini? Macam mana dengan hari anda semalam? Semoga perjalanan hidup anda hari ini lancar dan berjalan lebih baik dari semalam. Hari ini saya akan ke Alor Setar lepas tu balik semula ke ruma sewa di PJ. 

Baik ada satu tips yang boleh anda praktikkan mulai hari ini. Andainya anda betul betul at least cuba buat benda ni mesti anda akan rasa satu benda yang berbeza dalam hari anda.

Apakah benda itu? Apakah bendanya itu yang boleh membantu anda mengawal stress agar tidak mencemarkan hari anda?


ABAIKAN PAHIT YANG SEKEJAP UNTUK MANIS BERPANJANGAN

Bayangkan anda berhenti di sebuah stesyen pam minyak. Anda pergi ke kaunter untuk bayar. Sambil menghulurkan wang ke juruwang yang bertugas, anda mendapati

“Dia ni langsung tak pandang dan senyum langsung semasa pulang baki. Terima kasih pun tak cakap!”

Apakah agaknya respon anda pada hari itu? Apa agaknya anda rasa? Adakah marah? Sakit hati atau bengang?

Memang tak patut juruwang itu layan anda sedemikian. Tidak seharusnya sesiapa pun layan anda sebegitu. 

Sebab kita semua berhak untuk terima layanan yang baik. Macam mana pun itu di luar kawalan kita. 

Pastinya ia satu bentuk ujian kecil yang ada masa giliran kita kena.

Jadi sekali lagi, apakah agaknya akan anda rasa bila diperlakukan macam tu?

Analogi yang sesuai dalam situasi ni umpama orang buang sampah dan sisa kesan degil melekat pada baju anda. 

Adakah anda akan pakai baju yang dah kotor sepanjang hari? Adakah anda akan bad mood sampai sepanjang hari sebab baju yang dah kotor tu? Nak biarkan baju kotor itu mempengaruhi hari anda? Cadangan saya, apa kata..TUKAR BAJU 


STRESS SELALUNYA BERMULA DARI PERKARA YANG KECIL

Dalam hidup ramai orang kadang kala stress bukan puncanya dari masalah besar, boleh jadi masalah yang simple, benda yang kecil dan hal yang remeh. 

Umpama roller coaster yang bergerak, makin lama momentum yang terbina menjadikan ia makin laju. 

Apa agaknya jadi dengan hidup anda, kalau setiap ujian kecil yang terjadi menyebabkan anda sakit hati.

Lagi lagi kalau disebabkan sakit hati (yang kecil) anda kemudiannya sakit hati juga pada perkara perkara lain, dan akhirnya hari anda stress melampau! –Sakit hati semakin membesar

Umpama roller coaster yang bergerak, makin lama momentum yang terbina menjadikan ia semakin laju. 


Jadi setiap kali berlakunya sesuatu perkara remeh dalam hidup anda. Mungkin apa yang anda perlu buat hanya katakan pada diri

“Biarlah, langsung tak memberi kesan dalam hidup aku

Jumpa lagi dalam entri esok!


About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply