Salah satu langkah penting pemulihan ketagihan pornografi

Hai macam mana hari ni? Ok ke? Semoga dalam keadaan yang kuat hendaknya. Baik anda akan tahu satu langkah yang sangat penting dalam proses pemulihan ketagihan video lucah. 

Langkah yang memang obvious dan anda sendiri dah tahu. Tapi walaupun dah tahu tak apa lah sebab memang satu langkah yang mesti kena buat dan selalu ingat.

Apakah langkah yang mustahak sangat tu?


BELAJAR UNTUK TUNDUKKAN PANDANGAN MATA ANDA

Kan saya dah cakap awal awal tadi, memang anda dah tahu punya langkah ni.

  • Tapi penting tak untuk jaga pandangan?
  • Sebab apa perlu jaga pandangan mata?
  • Bila jaga mata boleh pulih ke ketagihan?


Berapa peratuskah kebarangkalian anda pada hari ini akan makan aiskrim keladi? Aiskrim bewarna ungu yang sedap tu.

7% sahaja berani saya katakan anda makan aiskrim itu hari ini. 

Macam mana kalau esok tiba tiba ada seorang kawan anda yang makan aiskrim keladi tu.

“Perh sedapnya aiskrim keladi ni, kau kena try!” Teriak rakan anda

Disebabkan ada dah terlihat aiskrim keladi itu, jadi berapakah agaknya peratusan yang anda mungkin makan aiskrim itu hari ini? 

Agaknya meningkat ke berkurang? Kalau anda tak tertengok aiskrim keladi tu adakah anda boleh terfikir nak makan benda tu?


Jadi anda boleh kaitkan dengan ketagihan video lucah

  • Kalau anda tak tengok imej atau video meransangkan adakah anda terasa nak buka laman web porn?
  • Kalau anda sentiasa jaga pandangan mata adakah desakan keinginan itu kuat atau lemah?
  • Kalau desakan keinginan tu lemah mampukah anda untuk melawannya?
  • Apa agaknya akan jadi pada ketagihan anda andainya mulai hari ini anda nekad jaga pandangan ?
  • Adakah anda dah nampak kepentingan jaga mata untuk mengawal ‘kehendak’?


JAGA PANDANGAN MATA SUPAYA ANDA DAPAT ELAK TRIGGER

Dalam modul ketagihan sudah diterangkan dengan jelas kepentingan elakkan diri dari trigger.

Trigger umpama suis yang kalau dah terpetik menyalalah lampu. 

Kalau terusik, maka mulalah ‘desakan’ itu datang.


Jadi belajar alert dengan pandangan mata. Andainya anda terpandang sesuatu yang ada unsur unsur xxxx, anda perlu alihkan pandangan sepantas kilat. Jangan sampai emosi mula mengalir dalam jiwa. 


Macam mana? Boleh nampak dah kan kepentingan jaga mata? 

Jadi mulai saat itu cuba aplikasikan dan amalkan sebaiknya dalam kehidupan seharian.


Baik jumpa lagi dalam entri blog esok. Saya sebenarnya tengah menghitung hari sebab lagi 7 entri blog untuk mencecah 100 entri yang pertama! Yeahh!

Tak sangka mampu bertahan selama ini, rasanya selepas entri ke 100 saya akan mula beralih ke bahan bahan motivasi dan pembangunan diri juga.

Jumpa esok!

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply