PENGENALAN KETAGIHAN : Apa kesan ketagihan terhadap diri individu

Macam mana hari ni? Seronok? Konfiden? Semoga anda berada dalam kondisi yang hebat dan kuat hendaknya. Cuba teka apa yang istimewa dengan entri blog pada hari ini? 

INI MERUPAKAN ENTRI BLOG KE 100!

Akhirnya sampai juga ke tahap ini. Perghh boleh tahan susah. Tapi perkataan susah tak sesuai. Kita boleh kata memenatkan. 

Rasanya dalam banyak banyak blog yang saya buat dari tahun 2012, inilah blog yang paling berjaya dikekalkan.

Saya tahu blog ini ada yang singgah setiap hari, jadi untuk anda pembaca setia saya ucapkan terima kasih banyak banyak. Thank you!

Baik, untuk entri ke 100 ni kita buat artikel penutup untuk topik ketagihan. 

Sebab dah tiba masa untuk banyakkan artikel motivasi, psikologi, dan self development dalam blog ini. 

Okay cukuplah tu mari kita lihat sambungan entri semalam. Kali ini kita bercakap mengenai


KESAN KETAGIHAN KEPADA DIRI INDIVIDU

Entri semalam, anda dah baca mengenai kesan ketagihan kepada otak. Jadi hari ni kita lihat kesan yang jelas kepada individu itu sendiri.

KETAGIHAN MENYEBABKAN KENIKMATAN HIDUP BERKURANG

Okay ingat lagi tak masa anda kecil dulu, waktu di mana kita suka pergi kedai beli gula gula atau keropok.

Mak ayah anda bagi seringgit dan anda rasa seronok! Macam hari raya la senang cakap. Dapat seringgit pun happy giler!

Macam mana dengan sekarang? Sekarang anda dah bekerja dan bergaji ribuan ringgit. Kalau anda dapat RM 1, seronok dia sama tak macam dulu?

Besar kemungkinan tak sama. Sebab apa?

“Sebab anda dah biasa nikmati keseronokan yang lebih daripada itu, jadi kenikmatan yang kecil tak cukup”


KENIKMATAN HIDUP YANG LEBIH BESAR MENENGGELAMKAN KENIKMATAN YANG KECIL

Mereka yang ketagih dadah, memaksa otak mengeluarkan dopamin dengan banyak (kenikmatan secara biologi).

Jadi bila badan dah selalu high (kenikmatan tinggi) dengan benda itu, adakah anda rasa penagih dadah mampu untuk gembira tengok pemandangan cantik di tepi pantai (kenikmatan rendah)?

Jadi bila dah ketagih video lucah (kenikmatan tinggi), adakah anda rasa mereka yang ketagih video lucah mampu untuk gembira dengan hubungan seks yang normal?


KETAGIHAN MENYEBABKAN KEBOLEHAN INDIVIDU MENGAWAL DIRI MEROSOT

Mereka yang ketagihan tahu ini kelemahan mereka. Andainya anda terlibat dengan ketagihan, pastinya situasi ini berlaku kepada anda

“Aduhai, frust betul aku. Dari dulu nak berhenti tengok video lucah. Tapi aku masih tak dapat nak kalahkan ketagihan ni lagi. Geram betul!”

Kurangnya kebolehan mengawal diri adalah disebabkan bahagian frontal lobe otak yang semakin lemah. 

Kalau kita tengok petikan daripada Understanding Neurobiology Through the Study Of Addiction ada menyebut

Drug abuse also disrupts the brain circuits involved in memory and control over behavior. Control over behavior is compromised because the affected frontal brain regions are what a person needs to exert inhibitory control over desires and emotions.


Jadi sebab apa anda rasa susah nak lawan ketagihan? Besar kemungkinan disebabkan keupayaan untuk mengawal kehendak diri dan mengawal emosi dah merosot.

Sebab tu ada para pengkaji yang mengatakan ketagihan adalah satu bentuk brain disease

Umpama satu bentuk wabak yang menyerang lalu menyebabkan otak anda hilang keupayaan kawal diri atau kawal emosi.

Oleh itu hanya mereka yang ketagihan saja yang tahu betapa susahnya untuk mereka lawan ketagihan itu. Memang susah lah nak lawan senjata dah tumpul!


JALAN KELUAR DARI BELENGGU KETAGIHAN

Anda rasa ada jalan keluar? Tak ada. Tak ada jalan keluar untuk mereka yang lemah. 

Tak ada jalan keluar untuk mereka yang tak bersungguh sungguh lawan ketagihan itu.

Tak ada jalan keluar buat mereka yang tak sanggup rasa susah nak pulihkan ketagihan itu.

Sebab realiti nak lawan ketagihan memang pahit. Sama macam bila anda makan ubat


ANDA PERLU MAKAN DAN RASA PAHIT UBAT ITU UNTUK PULIH

Itulah jalan keluar yang anda cari. Memang jalan keluar itu berduri dan anda rasa tak mampu untuk tempuhi.

Tapi macam mana pun, anda perlu juga tempuhi. Sebab sampai bila masih lagi jadi penagih? Sampai bila asyik mengalah? 

“Perjalanan membebaskan diri dari ketagihan memang susah, jadi susahkan diri anda sekarang! Jangan lari lagi!”

Ini hidup anda, anda yang mengawal semuanya betul tak? Jadi bina semula kekuatan anda. Lawan ketagihan yang anda ada habis habisan

Sebab ini hidup anda, anda mesti pilih hidup yang terbaik! Hidup yang anda impikan! 


                         -Topik Ketagihan Dengan Ini Selesai-



About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply