Mindset yang perlu anda ada untuk memulihkan ketagihan video lucah dan ketagihan lain

Memang benar mindset atau willpower semata mata belum cukup untuk anda kalahkan ketagihan pornografi, ketagihan bahan terlarang dan segala bentuk ketagihan.

Dah tentunya anda perlukan training yang khas untuk itu.

 

 

Habis macam mana dengan mindset? Dah tentu ia main peranan juga.

Teknik pemulihan ketagihan sampai satu tahap hanya sekadar ‘kemahiran memandu’– Kebolehan untuk mengawal.

 

Untuk membolehkan anda sampai ke destinasi, anda tetap perlukan ‘bahan bakar’ yang cukup. Bukan setakat cukup untuk hidupkan engin, mesti cukup agar sampai ke matlamat yang ingin anda capai.

 

Dah mindset itulah bahan bakar yang anda perlukan – cara berfikir yang memastikan kejayaan berada di pihak anda.

 

Tak payah sembang panjang la bro, apa agaknya mindset yang perlu anda simenkan dalam mental anda kan?

 

 

MAMPUKAH ANDA YAKIN 120% ANDA AKAN BERJAYA LAWAN KETAGIHAN?

 

 

Andainya anda sedang berada dalam perjuangan menentang ketagihan video lucah, besar kemungkinan anda pernah relapse -mengulangi semula tabiat buruk tersebut.

Dan apabila berlakunya relapse, ramai orang merasa down serta berputus asa dengan diri mereka.

 

Yela bila dah sungguh-sungguh nak berhenti, lepas tu terbuat semua memang tak dapat lari dari rasa kecewa, frust, marah, down dan lain-lain.

 

Jadi mindset power yang perlu anda ada

“Tak kira apa jadi, aku mesti akan lawan habis-habiskan dan aku yakin aku mesti akan pulih juga!”

 

  

 Itu yang anda perlukan -keyakinan diri 120 peratus.

 

Bila anda betul-betul yakin anda akan berjaya pulih sama tahap macam anda betul-betul yakin hujan yang turun pasti berhenti barulah anda jadi semakin kuat tewaskan ketagihan yang anda hadapi.

Sebab hujan yang turun, tak kiralah lebat macam mana pun, tak kira berapa lama pun mesti akan berhenti juga. Betul tak?

Itu lumrah hidup ni.

Kenapa benda tu anda boleh yakin, habis kenapa pulih dari ketagihan anda masih belum boleh yakin?

Sebab asal terus berusaha, pasti akan berjaya. Itu lumrah hidup ni kan?

 

Cuba gengam kuat-kuat mindset itu, sebab mindset itu jadi penentu kepada kejayaan anda pulihkan ketagihan video lucah, atau lain-lain ketagihan.

 

Baik berikut merupakan mindset-mindset yang boleh anda ungkapkan setiap hari semasa anda melihat cermin sambil menggengam jari jemari anda.

 

 

 

MAMPUKAH ANDA YAKINKAN DIRI BAHAWA ANDA BERHAK DAPAT HIDUP YANG ANDA IMPIKAN?

 “Aku berhak dapatkan hidup yang sihat, hidup yang bebas dari segala bentuk pengaruh, hidup yang segalanya dikawal oleh diri aku sendiri”

 

MAMPUKAH ANDA TERIMA YANG NAK LAWAN KETAGIHAN MEMANG SUSAH TAPI ANDA SEDIA UNTUK TELAN KESUSAHAN ITU?

 “Aku tahu susah, tapi tak kira apa pun yang aku rasa. Aku bertanggung jawab terhadap apa yang aku buat dan aku akan perbetulkan semuanya”

 

Jumpa lagi dalam entri berikutnya esok! Selalulah singgah PulihDiri untuk Pulih dan Bina diri anda!

 

 

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply