Mari lawan ketagihan part 20 (final)

Tengah buat apa tu? semoga dalam keadaan yang baik hendaknya. Okay hari ni adalah siri entri blog yang terakhir dalam ulasan buku Recover to Live.

Dan untuk ulasan kali ni kita kasi gempak sikit. Haha.

Diharapkan dengan entri kali ini, stigma mereka yang ketagihan video lucah tidak lagi dipandang remah atau jijik.

 

Sebab apa saya cakap macam tu? Kita tengok petikan buku Recover to Live ni

“If you tell someone ‘Im recovering form drug’, they say ‘Congratulations’, and shake your hand. If you say ‘Im recovering from sex addict’, they’re like, ‘Im dont know if you should be around my kids.” M/s 169

 

Terjemahan petikan
“Kalau anda beritahu seseorang, ‘aku sedang pulihkan ketagihan dadah’, mereka akan kata ‘tahniah’ dan bersalam dengan anda. Jika anda kata ‘aku sedang pulihkan ketagihan seksual’, mereka akan teragak agak ‘Aku tak sure sama ada kau patut berada dekat dengan keluarga aku”

 

Macam mana? Boleh nampak dah kan sebab apa saya kata ada stigma atau kecenderungan masyarakat terhadap mereka yang berhadapan dengan masalah ketagihan seksual.

Ketagihan seksual ni meliputi ketagihan video lucah, ketagihan onani dan juga ketagihan seks.

 

SEBAB TU RAMAI YANG KETAGIHAN VIDEO LUCAH BERTAHUN-TAHUN LAMANYA

 Seorang remaja yang ketagihan pornografi contohnya.

“Aku rasa aku dah ketagih terok video lucah. Dah cuba banyak kali nak berhenti tapi tak berjaya. Siapa agaknya perlu aku luahkan masalah ni. Segan aku kalau orang tahu aku ada masalah ketagihan porn ni”

 

Inilah yang menyebabkan ramai golongan remaja di luar sana yang terperangkap dalam zone darurat.

Dah cuba lawan ketagihan tak berjaya, nak minta tolong tapi tak tahu pada siapa. Akhirnya terlibatlah ketagihan video lucah sampai bertahun-tahun lamanya.

Habis apa yang boleh kita buat?

  • Andainya anda ketagih video lucah, sila pelajari tentang ketagihan tersebut. Sebab kalau tak tahu punca, tak tahu sebab apa boleh ketagihan agak sukar untuk ada cuba lawan. Rajinkan diri cari maklumat cara-cara pemulihan ketagihan seksual.

  • Andainya anda tak ketagih video lucah, tetap boleh sharekan artikel-artikel dalam blog ini di luar sana. Bukan apa, mungkin ada dalam kalangan kawan anda sendiri yang berhadapan dengan cabaran ni. Mungkin hidup dia terseksa!

  • Tugas saya pula dah tentunya memperbanyakkan bahan bahan pemulihan ketagihan dalam blog ini. Saya akan sumbangkan masa dan tenaga saya kerana saya pasti ramai di luar sana cuba untuk buat perubahan pada diri mereka.

 

 

Jadi semoga kita semua dapat main peranan masing-masing dalam usaha melawan wabak ketagihan pornografi yang semakin menggila sekarang.

 

Baik demikianlah ulasan untuk buku Recover to Live. Habis dah tu lepas ni nak ulas apa?

Relaks, masih banyak lagi buku yang berkaitan dengan ketagihan boleh kita bincangkan bersama.

Tak semestinya buku ketagihan saja, buku motivasi, buku pembangunan diri, apa jua buku yang saya rasakan ada isi yang baik akan saya kongsikan kepada anda.

Yang penting setiap hari singgah blog ni!

 

Jumpa lagi dalam entri esok
AMIRUL RAMLI

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply