Mari lawan ketagihan part 19

Apa khabar hari ni? Baik hendaknya. Okay kita akan sambung ulasan buku best Recover to Live. Buku yang berkaitan dengan pemulihan ketagihan


Petikan buku

“..sexual compulsivity takes over their thoughts and life, they feel empty inside” m/s 165


Terjemahan petikan

“..kehendak seksual yang melampau menguasai minda dan hidup mereka, sehingga rasa kekosongan dalam jiwa”


Sebelum ni ada dalam entri blog ini cerita tentang salah satu kesan ketagihan seksual adalah kemurungan.


Jadi salah satu akibat dia tu lah, macam penulis tu kata mereka yang ketagihan seksual rasa kosong dalam diri.


Ketagihan seksual merujuk kepada ketagihan video lucah, ketagihan onani dan juga ketagihan seks.


Kenapa agaknya mereka yang ketagih benda seksual ni rasa kosong? Cuba anda fikirkan.


TAK AKAN PERNAH RASA PUAS WALAUPUN BUAT BERULANG KALI


Andainya anda ketagih video lucah pastinya anda merasai situasi itu.


Sebab tu yang ketagih video lucah sampai bertahun tahun lamanya. Benda tu tak akan pernah puas.


Mula mula tengok sikit, dah lama lama sikit tu dah tak cukup. Kemudian tengok banyak sikit, dah lama lama banyak sikit tu pun dah tak memadai.


Seolah olah kenikmatan yang dirasa terus masuk ke dalam lubang tandas. Hilang dalam sekelip mata bila flush.

Lepas tu terasa lagi nak tengok, tengok berulang ulang kali tapi tak ada rasa apa apa, rasa kosong saja. 


Akhirnya andai dituruti juga kehendak tersebut habis musnahlah hidup. 


Waktu ni dah terperangkap dengan rantaian ketagihan video lucah. Sampai satu tahap, anugerah nikmat seksual tu seolah olah semakin hilang.


Sebab dah terbiasa sangat. Atau ayat yang pedas sikit
sebab dah terkeluar dari norma manusia.


Habis apa nak buat? Berhenti. Just stop! 

Jangan biarkan hidup anda hancur sebegitu. Jangan biarkan diri anda menderita dalam kekosongan itu lagi.


Nekadkan hati untuk lawan habis habisan ketagihan
 itu!


TAK DAPAT KAWAL DIRI, SEOLAH JADI BONEKA UNTUK NAFSU TUBUH SEMATA MATA


Anda tahu benda tu kotor, anda tahu benda tu berdosa. Tapi anda tak dapat nak kawal diri. 


Willpower tak kuat, teknik lawan ketagihan pun masih belum kuasai jadi asyik asyik relapse.

Normal bagi manusia untuk rasa down atau keseorangan bila apa yang diusahakan tak menjadi dan seolah olah susah untuk dicapai.


Macam mana pun percayalah. 

Asalkan anda kuatkan semangat, lawan habis habisan ketagihan yang melanda hidup anda itu

Hidup anda akan mula berlaku perubahan. 


Kekosongan jiwa yang dahulunya menghantui anda akan mula terisi dengan kenikmatan hidup yang sebenar.

Be strong! Keep moving forward!

Jumpa lagi esok

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply