Buat benda ini setiap hari untuk bantu anda pulihkan ketagihan

Macam mana hari ni? Okay? Semoga dalam keadaan yang hebat hendaknya. Sekarang saya berada di sungai petani atas urusan kerja. Seronok kerja di Kedah dia punya makanan murah! 

Baik hari ini ada satu tips bagi membantu anda memulihkan sebarang bentuk ketagihan yang anda miliki. 

Tak kiralah ketagihan video lucah, ketagihan seksual, ketagihan merokok, apa jua ketagihan anda boleh aplikasikan tips ini.

CARANYA MUDAH TAPI BELUM TENTU ANDA MAMPU BUAT


Jangan kecil hati pula bila saya cakap macam tu. Bukan nak memperkecilkan diri anda. 

Cuma ramai orang tak mampu buat ‘benda’ ni untuk pulihkan ketagihan yang mereka miliki.

Bendanya mudah saja

“Eh kalau mudah apasal ramai susah nak buat?”

Jawapannya mudah, 

BENDA YANG SENANG BUAT, BENDA ITU JUGA SENANG UNTUK TAK BUAT


Okay apakah benda tu? cakap saja lah panjang pula nak cerita. Baik tips itu adalah

INGAT YANG ANDA NAK LAWAN KETAGIHAN SETIAP MASA SEPANJANG HARI

Ya, itulah dia tips yang kalau anda dapat gengam, pasti proses pemulihan ketagihan anda semakin lancar.


Bunyi macam senang, namun ramai yang tak mampu untuk buat. Sebab apa?

Sebab kita seorang insan. Insan sifatnya pelupa. 

Cuba anda ingat balik, mesti ada masanya anda bersemangat untuk lawan ketagihan, ada masa pula anda leka lalu tewas. Anda lupa pada matlamat anda.


Jadi apa boleh anda buat supaya anda sentiasa dapat ingat kepada matlamat anda sepanjang masa? 

  • Ambil masa sekurang kurangnya 5 minit sehari untuk anda lakukan muhasabah diri
  • Dalam 5 minit yang anda peruntukan tu, ingat semula apa ketagihan yang anda hadapi
  • Dalam 5 minit itu, ingatkan semula apa ketagihan itu dah bagi kesan negatif dalam hidup anda?
  • Dalam muhasabah tu, beritahu diri sebab apa anda nak lawan ketagihan tersebut?
  • Dalam waktu itu yakinkan diri anda yang anda mampu untuk buat!


Tak semestinya 5 minit. Boleh jadi 2 atau 3 minit pun sudah memadai. Apa yang penting ianya perlu setiap hari!

Setiap hari setiap kali anda bangun dari tidur contohnya ambil masa untuk buat tips ini

Lagi kerap anda buat, lagi kuat anda akan rasa. Sebab bila anda sentiasa ingat, tiada ruang yang akan ada terdedah kepada trigger ketagihan itu


Baik itulah saja untuk hari ini. Jadi lepas baca entri ni, ambil masa untuk muhasabah diri. Sekejap saja tak sampai 5 minit!

Ingat, benda yang mudah buat, benda itu juga mudah untuk tidak buat.

Jumpa esok!

 


About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply