Apa sebab pelajar pandai ramai kecundang di alam pekerjaan

Macam mana hari ni? Semoga mood anda dalam keadaan yang baik dan bermotivasi tinggi pada hari ini. Hari ni kita akan cakap tentang satu topik yang santai.

Adakah anda seorang yang pandai? 

Pandai disini merujuk kepada seseorang yang bijak dan berkebolehan untuk belajar sesuatu perkara dengan cepat. 

Jadi macam mana, adalah anda dalam golongan itu? (tak macam topik santai pun) 

Al kisah tersebutlah kisah dua orang lelaki yang sebaya umur. Malik dan Daud namanya. Malik boleh tahan hensem juga, kulit putih bersih. Daud biasa biasa saja.

Malik memang dari sekolah rendah orang tahu budak pandai. Masuk sekolah menengah pun orang cop dia budak pandai. Bila masuk universiti memang lagi lah orang pandang dia budak pandai. Memang dia pandai pun jadi tak timbul isu. 

Daud memang dari sekolah rendah keluarganya tahu dia budak biasa biasa. Di sekola menengah pun spm cukup cukup makan. Daud tak masuk universiti, hanya ambil sijil kemahiran saja. Lepas dapat sijil tu dia terus bekerja. 

Cuba anda bayangkan sekarang ni macam mana agaknya kehidupan Malik dan Daud? Beza atau sama? 


REALITI HIDUP MANUSIA ZAMAN INI

Kalau satu masa dulu insan seperti Malik mungkin jauh berjaya berbanding Daud. Tak dinafikan jaman (zaman) dulu kalau yang pandai, yang belajar tinggi tinggi mesti dapat jaminan hidup yang bagus.

Macam mana di era sekarang? Mungkin tak lagi. Okay cepat sambung cerita! Sekarang Malik dan Daud berusia 28 tahun. 

Daud sudah pun berumah tangga, anaknya yang ke dua baru saja lahir. Comel! Daud kini bergelar supervisor di sebuah kilang berdekatan rumahnya. Gajinya mencecah RM3000. 

Malik baru saja dapat kerja sebagai seorang engineer. Gaji permulaannya RM2500. Pada hari pertama bekerjanya dia perlu melaporkan diri.

“Malik awak sekarang umur 28 kan? Dah khawin?” Tanya seorang pekerja di situ.

“Belum lagi. Baru nak start kumpul duit. Tahun depan kot tengok macam mana” jawab Malik tersengih.

“Ohh, semoga dipermudahkan. Lepas habis belajar kerja mana?” Soal lelaki itu lagi ramah.

Malik menggaru kepala sebelum menjawab. “Banyak juga kerja saya pernah buat. Lepas habis belajar saya cuba buat insuran. Tapi dalam enam bulan lepas tu berhenti sebab letih nak cari orang. 

Kemudian saya kerja jadi pelabur saham sekejap. Nak dekat setahun juga, lepas tu stop sebab rugi teruk saham jatuh.

Lepas tu ada try buka bisnes sikit. Macam MLM juga la. Okay dah kerja tu, sekali upline buat hal pula. Sakit kepala saya.

Jadi cikgu tuisyen pun ada juga macam part time. Dulu masa dekat U memang dah start buat bisnes online. Tapi banyak sangat problem, last last sekarang ni cuba la cari kerja tetap.” Jawab Malik panjang lebar. 

“Nama abang siapa ya?” Soal Malik pula kepada lelaki tersebut. 

“Eh kita sebaya saja, tak payah la panggil abang. Nama saya Daud” balas lelaki itu tertawa kecil. 

Demikianlah kisah dua sahabat baik yang mula berkawan di sebuah kilang.


SALAH SATU KELEMAHAN ORANG YANG PANDAI

Okay orang yang pandai ada satu kelemahan yang besar. Kelemahan yang mungkin menyebabkan hidup Malik tak tentu arah. 

Kelemahan ramai orang yang pandai adalah… KEPANDAIAN itu sendiri. 

Boleh tangkap tak? Maksudnya kepandaian seseorang itu sendiri yang menjadi penghalang kepada potensi sebenar individu.

Baik kita rujuk semula definisi pandai di atas. 

Pandai disini merujuk kepada seseorang yang bijak dan berkebolehan untuk mempelajari sesuatu dengan cepat. 

Maksudnya orang pandai ni ada satu kelebihan untuk mahirkan diri dalam sesuatu bidang yang diceburi. 

Orang yang pandai tahu, kalau dia pelajari atau terjun dalam sesuatu bidang pekerjaan mesti dia boleh buat. (Dah memang dia budak pandai)

Dan rupa-rupanya kelebihan pandai itu memakan diri. 

Bila orang pandai cuba terjun dalam sesuatu bidang, besar kemungkinan memang dia akan berjaya seketika dalam bidang itu. 


APA YANG ORANG PANDAI PERLU BUAT SEPATUTNYA

Kejayaan tak bergantung pada kemahiran saja, kejayaan juga perlukan komitmen dan kesabaran yang berpanjangan.

Jadi apa sepatutnya orang pandai buat? Berikan masa yang secukupnya untuk sesuatu usaha itu membuahkan hasil. 

Tak kisah tanam banyak pokok, at least bila tanam tu cuba  beri peluang untuk pokok itu membesar. 

Sedangkan pokok pisang nak berbuah pun ambil masa, inikan pula hidup kita. (sebab apa pisang? Sebab saya suka pisang)

Orang yang pandai perlu ada satu ciri lain sebagai pelengkap, iaitu KESABARAN

Imbas kembali…

“AKU dah try main saham, mula mula memang masyuk. Ni asyik turun je. Penat aku buat technical analysis semua tak tepat pun. Aku ingat nak try buat kerja lain pula.” fikir Malik. 


P/s : Di saat Daud gembira bersama baby nya, Malik bigung memikirkan…. tunggakkan ptptn. 


Jumpa lagi entri esok!



About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply