Mari lawan ketagihan part 16

Apa khabar hari jumaat yang indah ini? Waktu saya tengah tulis ni sedang hujan lebat di luar. Fuhh menenangkan. Huhu. Baik kita sambung ulasan buku Recover to Live.

Petikan buku
“Addicts ignore reality. The sexually compulsive behaviour is more important to them than the healthy realities they see in front of them.”
m/s 163

Terjemahan petikan
“Orang yang ketagihan mengabaikan realiti. Tabiat seksual yang melampau dirasakan lebih penting buat mereka berbanding realiti kehidupan yang baik di hadapan mereka”

Baik, satu kenyataan yang pastinya memberi satu tamparan kuat andainya anda masih terlibat dengan ketagihan video lucah. Cuba anda fikirkan

Apakah video lucah itu satu realiti? Adakah anda rasa hubungan seks dengan skrin komputer sama dengan hubungan seks bersama pasangan hidup?

Mereka yang ketagihan video lucah sendiri pastinya tahu realiti kehidupan sebenar macam mana. Pastinya orang yang tengok video lucah tu tahu itu bukan satu bentuk hubungan seks yang sihat.

Habis sebab apa still tengok lagi video pornografi?

Bak kata penulis buku tersebut.

Orang yang ketagihan tidak mempedulikan realiti

Bagi saya kadang kadang bukan mengabaikan realiti, orang yang ketagihan video lucah tahu benda tu kotor dan terlarang, cuma

..mereka tak dapat nak kawal diri

Keadaan mula jadi lebih teruk bila, mereka mula mengalah dan ambil keputusan untuk terus menghambakan diri kepada video lucah. Pastinya satu hari, tabiat itu akan memusnahkan hidup mereka.

Jadi genggam jari jemari anda kuat kuat, tanamkan kekuatan dalam jiwa anda untuk pulihkan diri anda daripada ketagihan video lucah atau pornografi ini. Sebab anda yang menentukan sama ada

..anda ingin hidup dalam imaginasi, atau dalam realiti sebenar

Baik jumpa dalam entri berikutnya! Selalulah singgah blog ini!

Amirul Ramli
20 Januari 2017
5.35 PM
Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

Leave a Reply