Lelaki yang ketagihan video lucah mungkin suka lihat isterinya ‘bersama’ lelaki lain

Apa khabar hari ni? Semoga dalam keadaan sihat hendaknya. Baik hari ni ada satu perkongsian menakutkan.

Satu berita yang tersiar pada tahun 2014 yang lalu.

BERITA YANG GILA

Ya, bagi saya ianya sangat membimbangkan dan meresahkan bagi sesiapa yang membacanya. Pastinya anda pun akan rasa begitu.

Cuba dengar soalan daripada saya,

Sanggupkah anda membiarkan pasangan anda melakukan hubungan seks dengan orang lain?

Sanggupkah anda menyuruh pasangan anda buat sesuatu diluar kehendaknya?

Seorang yang normal pastinya tak akan langsung terfikir soal itu. Tapi bagi mereka yang ketagihan video lucah kronik, masalah ini mungkin timbul..

SEMOGA DIJAUHKAN

PETALING JAYA: Seorang wanita, 27 tahun yang mengandung 7 bulan membuat laporan polis berhubung sikap suaminya yang memaksa dirinya melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki bangladesh.

Wanita itu mendakwa suaminya suka melihat dirinya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain. Malah menyedihkan apabila sudah beberapa kali dia menurut kemahuan suaminya tu.

Akhirnya wanita tersebut keluar dari rumah dan membuat laporan polis bagi mengelakkan insiden tersebut berulang.

Adakah ini ada kaitan dengan ketagihan video lucah?

DAH TENTU

Mereka yang ketagihan video lucah mungkin cenderung untuk suka ‘melihat orang lain buat seks’.

Agaknya disebabkan sudah terlalu banyak video pornografi yang ditonton, kehendak seksnya mula berubah dan gemar ke arah ‘menonton’ di dunia nyata pula.

Jadi jauhkan diri anda dari video lucah, bahan bahan pornografi dan seumpamanya. Berusaha untuk pulihkan diri anda andainya ketagihan video lucah mula merantai tubuh anda.

JANGAN BIAR HIDUP ANDA DIMUSNAHKAN

Share artikel ini andainya anda terkesan membacanya. Sebab ada di luar sana yang masih tidak sedar kesan buruk video lucah dan pornografi ini.

Rujukan:
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/09/02/Crime-Sex-Bangladeshi/

About Amirul Ramli

Leave a Reply