Kunci paling penting untuk berhenti ketagihan tengok video lucah atau pornografi

Hai apa khabar hari ni? Semoga bersemangat dalam menempuhi apa jua cabaran anda dalam hari ini. Baik hari ni anda akan tahu satu kunci penting.

Kunci yang memang saya yakin anda sendiri dah boleh teka apa dia, cuma disebabkan bagi saya ianya terlalu penting jadi saya ulang banyak kali post dalam blog pun tak apa. Baik kuncinya adalah..

Keep moving forward

Haha. Kalau anda perasan itulah tagline blog PulihDiri ini, Be Strong & Keep moving forward. Keep moving forward atau teruskan bergerak ke hadapan. Atau senang ghoyak, “Jangan putus asa! Teruskan perjuangan

Cabaran utama anda nak berhenti ketagihan tengok video lucah mungkin bukan godaan itu sendiri, namun cabaran paling besar..

Mampukah anda bangun semula setelah jatuh

Ramai di luar sana yang bersungguh sungguh untuk pulihkan ketagihan ini, apa yang merisaukan adalah bila dah relapse terus jadi tak bermotivasi. Terus rasa down. Mula rasa tak ada harapan untuk pulih.

Ingat sentiasa ada harapan untuk pulih tak kira betapa teruk pun ketagihan anda. Sentiasa ada peluang!

Andainya anda relapse terus ingatkan diri anda tak kira apa jadi aku akan tetap berjaya juga pulih ketagihan ni nanti. Yang penting keyakinan pada diri untuk berjaya tu tak boleh drop! Mesti keyakinan yang padu!

Bukan maksudnya anda boleh relapse sesuka hati, jangan fikir macam tu. Dosa tetap dosa jangan main main. Cuma andainya ia berlaku, anda tetap perlu terus istiqamah dalam perjuangan ini.

Terus yakin pada diri yang anda akan pulih tak lama lagi

Percayalah, ini bukan sekadar cakap kosong. Ini betul betul saya tekankan kepada mereka mereka yang contact saya dan luahkan tentang relapse.

Lawan perasaan down tu, keep moving forward okay!

About Amirul Ramli

Leave a Reply