Komitmen dalam membebaskan diri daripada ketagihan video lucah

Baik bertemu lagi kita hari ini. Satu benda yang bagi saya amat penting malah suka untuk saya ulang banyak banyak kali melalui blog ini. Benda yang membezakan antara orang yang berjaya dan orang yang masih belum berjaya iaitu

KOMITMEN

Benda bukan setakat dalam pemulihan ketagihan saja, anda pun pastinya pernah merasai betapa hebatnya diri anda bila anda memberi komitmen 120 peratus kepada sesuatu perkara.

Semasa saya di Universiti dulu, saya meletakkan komitmen yang tinggi untuk belajar video editing selama sebulan. Sebab saya minat buat video. Dan hasil komitmen itu memang menakjubkan.

Apa maksud komitmen dalam proses berhenti tengok video lucah?

Baik dari sudut pulihkan ketagihan ni, satu benda komitmen yang sangat kuat diperlukan. Sebab lagi lama anda dah tengok video lucah, lagi kuat ketagihan anda, dan bila lagi kuat ketagihan anda..

Lagi power komitmen yang perlu anda berikan

Nak dengar satu benda menarik? Komitmen tak memerlukan masa yang lama untuk buat. Ia juga tak semestinya memerlukan tenaga yang banyak untuk buat.

Komitmen bermaksud istiqamah dan berterusan.

Satu bentuk komitmen yang boleh anda lakukan mulai hari ini antaranya

1. Setiap hari akan dengar satu video ceramah untuk muhasabah diri
2. Setiap hari 10 minit anda peruntukan untuk baca satu artikel dalam blog ini.
3. Setiap hari anda peruntukan 5 minit untuk duduk diam dan fikirkan mengenai cabaran ketagihan video lucah yang anda struggle.

Anda sendiri perlu berikan satu bentuk komitmen sebagai satu bentuk self reminder akan matlamat anda.

Apa kata lepas ni anda cuba buat satu rutin harian yang baru. Lepas tu buat dan bagi komitmen selama 30 hari. Bolehlah anggap ianya satu bentuk training buat anda.

Pastinya bila anda beri komitmen anda akan lebih kuat dalam proses pemulihan ini. Siapa yang akan bersemangat untuk pulih bila tengok anda komited?

Diri anda sendiri

About Amirul Ramli

Leave a Reply