Tips ekstrem cara mengatasi ketagihan video lucah dan ketagihan onani

Hari ni hari ahad, nak cuba sesuatu yang mencabar? adakah anda seorang yang berani menyahut cabaran? Serius ke nak? Sebab susah tau.

Seriap hari ahad atau cuti umum,

Cabarannya adalah..

Bangun saja dari tidur, mungkin dalam pukul 5-7 pagi sebelum solat subuh tu..

SILA MANDI DULU ( Cold Shower)

Okay sejujurnya.. agak agak boleh tak?

(Saya tulis ni jam menunjukkan 6.37am dan saya dah mandi tadi sebelum solat subuh. Memang rasa tak nak buat, air sejuk kot!)

Boleh ke di pagi hari ahad yang memang selalunya waktu nak berehat tu, waktu yang selesa di pagi pagi tu.. dan waktu yang sejuk gila tu..

mampukah anda dengan sedikit kekuatan yang ada untuk mengabaikan keselesaan berselimut di pagi yang dingin untuk melangkah kaki ke tandas dan menjiruskan air ke atas badan anda.

Walaupun saya tulis entri ni, belum tentu saya mampu untuk mandi awal di pagi hari setiap hari.

Sebabnya saya ada di kampung, pehh faham faham la kalau waktu pagi tu, air dalam tong (rumah saya guna tong air besar)

air nak buat mandi dalam tong tu dia punye sejukkk.. fuhh.. jirusan yang pertama dah mencengkam hingga ke tulang sum sum.

Tapi sebab apa saya cabar anda untuk mandi di awal pagi?

Dah la tengah syok syok selesa baring kan. Boleh pulak nak kena paksa diri mandi pagi pagi.

Haaa sebab utamanya, mandi di awal pagi tu tak best!

Masa saya di zaman sekolah, duduk di asrama penuh tu rasanya benda yang paling tak seronok adalah mandi di awal pagi. Dah la sekolah dekat kawasan hutan. Air sejuk!

Senang cerita mandi pagi memang tak best. Tak seronok langsung!

(Tapi lepas mandi tu ada benefits dia)

Memang mencabar sebab tu lah tak ramai yang mampu buat. Sebab nak buat tu perlukan..

WILLPOWER YANG KUAT

Nak buat sesuatu yang tak seronok memang rasa berat dan susah.

Macam nak buat ulang kaji masa kita sekolah dulu. Pehh bukan main liat lagi. Sampai esok nak exam bukak buku pun susah lagi. Haha

Nak buat teknik teknik pemulihan ketagihan, nak cuba tinggalkan video lucah, nak usaha mengatasi ketagihan pornografi memang akan rasa tak best dan tak selesa.

Sebab tu anda kena sentiasa paksa diri buat sesuatu yang tak best ( tapi baik untuk diri) macam cold shower ni,

sebab lagi banyak ‘benda yang anda tak suka buat’, tapi anda paksa jugak buat,

Level willpower anda pastinya semakin meningkat.

Dan yang menariknya cold shower ni bukan setakat naikkan willpower je, ia juga

Melancarkan peredaran darah putih dalam tubuh anda. Jadi secara tak langsung sistem imunisasi anda yang berperanan melawan penyakit akan bertambah kuat

Anda akan juga akan lebih ‘alert’ dan minda anda akan lebih aware. Maklumlah macam orang mengantuk, bila kena simbah air dekat kepala bayangkan betapa hilangnya mengantuk dia pagi tu.

Selain tu Jessica Krant, board-certified dermatologist juga ada mengatakan mandi dengan air yang sejuk atau di pagi hari ni (bukan hot shower tau) bagus untuk penjagaan dan kesihatan kulit individu.

Jadi saya pun dah cold shower pagi ni, memang rasa lebih segar untuk update blog. Rasa lebih tenang, rasa lebih bersemangat, maklumlah berjaya mengalahkan ‘kehendak badan’ untuk hanya berselimut di hujung minggu. YESSS!

Jumpa lagi dalam entri yang berikutnya.

Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

Leave a Reply