Realiti masalah ketagihan video lucah sekarang

Masa tu saya masih lagi di universiti. Zaman kurus keding dan perasan hensem. Waktu tu tengah hari rasanya dan saya sedang menikmati juadah tengah hari di kafe berhampiran hostel.

Datang seorang kawan

Dia ni ambil semester leave, hampir satu sem dia tak ada di universiti. Kalau anda tengok dia, memang akan nampak luaran dia budak baik. Badan kecik kecik, pakai spek, memang perwatakan cara bercakap pun baik.

Saya tengah makan tu dia datang duduk depan saya. Maklumlah kawan baik la jugak.

Borak punya borak. Dia cerita sebab apa dia tertekan dan ambil semester leave tu.

“Aku tengok ‘benda’ tu”  katanya

Dia pun meluahkan yang dia ketagih tengok video lucah. Dan benda tu buat dia tertekan sampai hilang tumpuan nak belajar. Padahal semester pertama kami dia score jauh hebat dari saya.

Sekarang saya tak tahu dia masih ketagih video lucah atau tak, kami pun tak behubung sangat. Macam mana pun saya harapkan dia dalam keadaan yang baik dan dah berjaya pulih.

Sedihkan bila orang yang ada masa depan cerah, orang yang baik perwatakan, namun terjerumus dalam kancah pornografi.l

Serius dia memang baik!

Sebab tu lah agaknya dia stress. Ada orang buat tak kisah je, main layan je video lucah tu macam tengok drama tv3 agaknya. Takde rasa bersalah atau berdosa.

Tapi orang yang baik memang jiwa akan rasa terganggu andainya terlibat dengan video lucah ni.

Kadang kadang permulaannya mungkin tak sengaja je tengok, tambah kalau waktu tu usia belasan tahun lagi. Otak tak matang dan masih lagi tak fikir kesan buruk video lucah.

Tahu tahu dah ketagih.

Andainya seorang yang layan video lucah, hentikannya.

Andainya ada kadang kadang tengok, jangan buat lagi

Anda mungkin rasa anda boleh kawal diri

Tapi orang yang dah termasuk gaung, baru tahu betapa dalamnya gaung tu. Dan bila dah perasan termasuk gaung, susah sangat untuk anda keluar.

Macam mana pun, andainya anda dah termasuk gaung.. relaks..
Saya yakin kalau anda gunakan segala maklumat yang dicurahkan dalam blog ni mesti dapat tolong anda keluar.

Saya usaha sungguh sungguh untuk tolong anda jadi saya harap..

Sekurang kurangnya

ANDA BOLEH HULURKAN TANGAN

Dan cuba keluar

About Amirul Ramli

Leave a Reply