Pengumuman

Macam mana hari ni? Dah berapa hari streak bebas dari video lucah? Tak kira la berapa hari pun. Tahniah dan terus kuatkan semangat!
Ingat tagline blog ini..

Stay strong! Keep moving forward!

Baik, saya pernah beli satu buku ni. Dah lama juga sebenarnya. Buku tentang pengurusan ketagihan. Waktu beli ni memang minat saya nak study bidang ketagihan ni sebab anda pun tahu ramai yang cuba melepaskan diri dari rantaian ketagihan.

Masa saya dekat universiti dulu ada 2,3 orang kawan saya sendiri beritahu saya tentang masalah ketagihan video lucah ni.

Tak kiralah ketagihan apa pun, berkaitan dadah ke, ketagih rokok ke, ketagih seks ke, ketagih video lucah melancap semua tu, hampir semua bentuk ketagihan tu ganggu satu sistem yang sama dalam otak. Iaitu pleasure center.

Jadi saya bercadang setiap hari untuk update sedikit info atau isi isi menarik dalam buku ni bagi membantu lagi anda dalam proses pemulihan ni.

Saya doakan anda terus berjaya menjadi seseorang yang baru, saya akan bantu apa yang sy mampu menerusi blog ini.

Apa apa pun ingat

STAY STRONG! KEEP MOVING FORWARD!

About Amirul Ramli

Leave a Reply