Mari lawan ketagihan part 7

Baik apa khabar hari ni? Masih berjuang tak?
Berikut ulasan buku Recover to Live untuk hari ni.

Petikan buku
“A new brain model of addiction is emerging that shows a close link between the symptoms of attention deficit disorder and those of an addicted brain” m/s xxxiv

Terjemahan ringkas perikan
“Otak bagi mereka yang ketagihan menunjukkan simptom yang hampir serupa dengan otak yang mengalami masalah penumpuan fikiran terhadap sesuatu”

Okay, penulis dalam buku ni memberitahu ada antara pakar dalam bidang ketagihan ni dalam kajian yang mereka buat,

Mereka mendapati orang yang ketagih sesuatu ni boleh kata ada masalah juga dari sudut nak fokus kepada satu benda

Penting tak kebolehan untuk fokus ni? Dah tentu kan

Ingat balik dalam kelas anda. Siapa yang paling cemerlang dalam kelas anda dulu bila setiap kali peperiksaan?

Dah tentunyaa..

ORANG YANG MAMPU FOKUS DALAM KELAS

Bukan senang sebenarnya nak fokus. Saya sendiri rasa kesusahan nak fokus sebab macam macam benda dalam dunia sekarang ni yang menarik perhatian kita.

Bayangkan, saya pernah try paksa diri nak baca buku tanpa bukak facebook, jgn buka instagram, internet semua tu.

Dan tanpa saya sedar, saya terbukak facebook. Bila dah macam tu baru perasan betapa tak fokusnya saya ni.

Macam mana pun kebolehan nak fokus ni sentiasa boleh dilatih. Memang rasa susah sikit, yela kena paksa diri.

Dan kalau anda dapat baca entri blog saya ni pun dah jadi satu latihan penumpuan buat otak anda.

Sebab tu saya sekarang mmg dalam usaha nak memaksa diri baca buku banyak banyak sebab dapat buat otak saya jadi lebih fokus.

Berbalik pada isu ketagihan, jadi tulah dia salah satu kesan buruk ketagihan video lucah, atau lain lain ketagihan kepada otak.

Otak susah nak fokus, attention span jadi sekejap sangat. Baru buat kerja sikit dah hilang fokus.

Bayangkan anda dah berhenti tengok video lucah, dah pulih dari ketagihan tu, alangkah berubahnya hidup anda bila setiap tindakan yang anda buat jadi lebih baik

Kerja lagi bagus, rezeki makin melimpah ruah.. hubungan lebih erat,

Sebab..

Anda FOKUS seperti laser.

Cuba bayangkan anda halakan lampu suluh, dan halakan laser ke atas sekeping kertas di dinding.

Mana satu yang padu, jitu dan tepat pada matlamat?

Jumpa lagi dalam ulasan berikutnya

Sekian
Amirul ramli
15/12/2016
Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

Leave a Reply