Mari lawan ketagihan part 6

Apa khabar? Macam mana hari ni? Dapat kawal diri?

Baik sambungan ulasan buku Recover to Live

Petikan buku
Its been my experience that in recovery I am now more productive, imaginative, creative, and human by far than i was before, but it took a while” m/s xxxiii

Terjemahan petikan
Berdasarkan pengalaman saya dalam pemulihan ini, saya sekarang jadi lebih produktif, imaginasi tinggi, kreatif dan individu yang lebih baik, bagaimana pun ia mengambil sedikit masa

Ada dua point penting yang boleh kita sama sama ambil ikhtibar menerusi petikan ni.

1. Anda akan jadi lebih baik berbanding sebelum ini

Bayangkan, disebabkan bergelumang dengan ketagihan video lucah tu betapa berubahnya diri anda.

Yela adakah sama diri individu yang ketagih video lucah dengan individu yang bersih?

Pasti ada perbezaan. Jadi penulis buku tu menegaskan dalam proses pemulihan ketagihan yang dia alami, dia rasa diri dia

JADI LEBIH BAIK, JADI LEBIH BAGUS DARI SEBELUM INI

Dah tentu, dengan berjayanya anda menumpaskan ketagihan video lucah, ketagihan onani, ketagihan seks, dll tu.. bila dah berjaya mesti hidup anda akan berlaku perubahan.

Bayangkan perubahan tu berlaku dalam hidup anda. Alangkah seronoknya. Hidup anda jadi lebih baik. Anda lebih gembira. Anda kerja dengan lebih bertenaga dan bersemangat. Mesti anda nak macam ni kan?

Baik point penting yang ke dua

2. Ianya mengambil masa

Benda ni agak pahit untuk ditelan. Maklumlah andainya anda baru jumpa blog ni, mesti anda bersemangat giler nak lakukan perubahan. Mesti yakin dapat pulih ketagih video lucah tu.

Beberapa hari berlalu, secara tak sengaja anda relapse. Tertengok semula video lucah dengan melancap semua. Anda menyesal. Keyakinan anda mula menghilang

JANGAN BEGITU!

Kebanyakkan yang meluahkan masalah ketagihan ni kepada saya, sering saya katakan

Tak kira apa berlaku, jangan putus asa. Bila relapse tu check balik apa sebab lepas tu jauhkan diri dari trigger tu. Mesti kena percaya pada diri satu hari nanti mesti akan pulih jugak. Wajib percaya dan yakin pada diri!”

Proses pemulihan ketagihan memang mengambil masa. Macam mana pun ini bukan alasan untuk mengalah sesuka hati.

Mesti kena lawan habis habisan. Lawan betul betul. Kuatkan semangat!

Sekali lagi, ingatlah tak kira apa jadi teruskan berjuang, mungkin ia ambil masa sedikit macam mana pun ingat

HIDUP ANDA AKAN JADI  LEBIH BAIK NANTI.

Jumpa lagi ulasan buku ini esok

Sekian
Amirul
14/12/16
BE STRONG! KEEP MOVING FORWARD!

About Amirul Ramli

Leave a Reply