Mari lawan ketagihan part 13

Hai sihat ke hari ni? Bagi yang sedang buat cabaran 30 hari bebas ketagihan, macam mana? Masih bersemangat lagi tak?

Baik kita akan sambung ulasan buku Recover to Live. Kalau anda dapat maintain baca info di blog ni setiap hari insyaaAllah sedikit sebanyak dapat membakar lagi semangat anda nak melawan ketagihan video lucah tu.

Petikan buku
“..It never goes away. It is always asking to be scratched, promising relief. To scratch however is to cause pain and to intensify the itch.” M/s 161

Terjemahan
“..ianya takkan hilang. Ia akan terus minta untuk di’garu’ atas dasar nak memberi kelegaan. Malangnya bila garu, kegatalan tu akan jadi teruk malah bertambah gatal.”

Okay dalam buku ni ada seorang doktor bernama Dr. Patrick Carnes bagitahu yang kehendak seksual ni, atau ketagihan melibatkan seksual ni umpama gatal gatal di kulit.

Masa saya kecik kecik selalu kena gatal gatal dekat tangan, mungkin sebab kulit sensitif kot. Masa kecik ni mana tahu sangat, kalau dah gatal tu memang garu (kerok) je la.

Makin teruk jadi! Yang tadinya hanya gatal gatal sikit dah jadi melecet sebab garu.

Cuba ingat balik kali terakhir anda kena gatal gatal?

Kalau anda tak sedar mungkin anda tergaru tempat yang gatal tanpa sengaja. Bila dah mula pedih mulalah anda cuba tahan dari garu dekat tempat tu.

Macam kucing dekat rumah saya. Telinga dia terkena kurap, tah macam mana terkena jangkitan tu pun tak tahulah saya. Telinga dia makin teruk lama lama, cuba teka sebab apa? Sebab dia garu guna kaki dia tu!

Abang saya penat letak ubat untuk hilangkan kurap tu, tapi kucing tu degil (dah nama pun haiwan) selalu garu telinga dia sampai berdarah jadinya.

Dan itulah yang dimaksudkan oleh Dr. Patric Carnes tu.

Kalau orang tu ketagih video lucah, akan ada desakan untuk tengok video lucah yang datang dalam fikiran.

Sama macam gatal gatal, akan ada desakan untuk garu
Ada orang tak tahan dan terus garu, akhirnya kondisi bertambah teruk.

Mereka yang ketagih video lucah pula bila desakan tu datang, mereka tak tahan lalu terlintaslah di fikiran mereka

“Aduh aku dah seminggu tak tengok ni, patutlah macam tak boleh tahan je. Rasa pun dah lain macam ni. Ahh tengok je la video blue ni nak hilangkan rasa tak selesa ni.”

Sound familiar?

Malangnya bila dah tengok video lucah tu akan bertambah teruklah keinginan nak tengok video lucah lagi dan lagi. Sampai akhirnya memusnahkan diri.

Umpama bila dah garu, pasti akan rasa nak garu lagi betul kan?  sedangkan dengan garu tu dah menyebabkan kulit anda semakin menderita.

Jadi apa perlu anda buat?

Tahan diri, kawal diri, tinggalkan segera video lucah tu.

Bila anda desakan nak tengok video pornografi tu, terus katakan pada diri

“Ini kalau aku tengok lagi ni, makin teruk ketagihan aku”

Baik jumpa lagi dalam ulasan berikutnya. Kalau gatal tahan jangan garu!

Sekian
Amirul Ramli
Founder Noetic Therapy Resources
28/12/2016
Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

Leave a Reply