Mari lawan ketagihan part 12

Macam mana hari ni? Baik hendaknya. Tarik nafas, relaks, tenangkan jiwa dan mari kita sambung ulasan buku Recover To Live.

Petikan buku
“The internet and the sexual content that flows into people’s homes is literally a stress on biological systems. And for those with a tendency to sexual addiction or compulsion, its like having a crack pipe in your house 24/7” m/s 160

Terjemahan
“Internet dan bahan lucah berlambakan di rumah rumah sehingga menyebabkan tekanan kepada sistem biologi manusia. Dan mereka yang terlibat dalam ketagihan seksual umpama mempunyai stok dadah sepanjang masa di dalam rumah”

Baik, itulah realiti yang sedang generasi kita hadapi. Terlalu banyak sangat bahan bahan ransangan yang merbahaya di luar sana.

Macam saya memang suka tengok video motivasi dekat youtube. Sangat sangat bagus. Bayangkan kalau setiap hari anda tengok satu video motivasi dekat youtube, apa agaknya akan jadi pada diri anda selepas sebulan dua?

Itu lah yang menjadikan saya bersemangat dan sentiasa mencuba sesuatu yang baru.

Malangnya dekat youtube pun bahaya!

Kurang ajar betul, dekat recommended video tu kadang kadang kelihatan video ‘thumbnail‘ yang tak senonoh. Mengganggu pemandangan betul.

Point dia dekat sini, bahan bahan lucah memang bersepah sepah sekarang ni.

Lepas tu kalau anda tengok balik petikan tu, penulis cakap “sehingga ia memberi tekanan kepada sistem biologi manusia”.

Apa maksud dia? Tekanan apasal pulak kan?

Memang tekanan! Tekanan sebab akan terlintaslah di fikiran manusia sesuatu yang tidak sepatutnya iaitu

“Ah tak perlu khawin pun takpe, ni video ada boleh tengok”

Hmmm.. secara naluri manusia, kita memang ada kehendak seksual. Dan kehendak seksual ni penting atas dasar meneruskan kelangsungan spesies kita, manusia di atas muka bumi ini.

Macam mana pun sistem biologi manusia mula jadi pening, jadi kelam kabut sebab manusia dengan tak senonohnya telah kacau kitaran semula jadi tu dengan tengok video lucah.

Dan macam yang anda dah baca dalam blog ini, bila tengok video lucah, otak manusia menafsirkan seolah olah sedang berada dalam hubungan seks.

Itu yang buat sistem biologi manusia stress! Mana tak stress, bukan banyak lagi video lucah dekat luar sana. Jadi boleh kata kehendak seksual tu jadi overload

Ini tak masuk kesan menonton pornografi seperti mati pucuk, kurang kesuburan dan lain lain lagi tu.

Jadi semoga kita dapat sama sama, jaga diri, jaga nafsu kita dan jaga generasi anak anak kita supaya dijauhi Allah S.W.T dengan cabaran cabaran ini.

InsyaAllah, andainya anda ketagihan pornografi, masih belum terlambat untuk ambil langkah berubah.

Inilah saatnya untuk anda kembalikan diri anda yang telah hilang selama ini.

Ingat, kuatkan semangat dan yakin pada diri!

jumpa lagi dalam ulasan berikutnya

Sekian,
Amirul Ramli
Founder Noetic Therapy Resources
27/12/2016
Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

Leave a Reply