Mari lawan ketagihan part 11

Yesss.. haha. Sy rasa seronok hari ni sebab dpt kita sama sama sambung mengulas buku Recover to Live. Hari tu sy tertinggal tapi sekarang saya ada di KL jadi dapat ambil buku ni semula. Dah cukup jom teruskan!

Petikan buku
“Addicts need to understand that sitting with a craving for five minutes diminishes its hold over their thoughts, and that the longer they sit with it the more it diminishes.”

Terjemahan
“Orang yang ketagih perlu faham, sekiranya mereka cuba selami ‘keinginan’ yang datang itu untuk lima minit, pastinya akan menghilangkan kesan ‘keinginan’ tersebut kepada fikiran, dan lebih lama rasai ‘keinginan’ itu, akan lebih ia hilang.

Okay mungkin terjemahan saya bagi tu pun macam kurang tepat, tapi rasanya anda faham apa yang penulis cuba nak sampaikan.

Baik saya bagi satu ayat ringkas maksud petikan diatas.

RASA NAK TENGOK VIDEO LUCAH TU HANYA SEMENTARA!

Bayangkan saya tengah berucap, dan menjerit mengeluarkan kata kata di atas tu dengan kuat sampai bergegar dewan.

FEELING NAK TENGOK VIDEO LUCAH TU TAK KEKAL!!

Teriak saya lagi. Haha

Maksudnya macam ni,

Ada seorang salesman jual insuran etiqa takaful 360 coverage plan. (Bukan main details lagi). Pagi tadi dia datang ke rumah anda dan ketuk pintu.

Anda buka dan layan dia dengan baik, berborak dengan dia dan akhirnya atas dasar bantu membantu anda pun beli insuran tu.

Esoknya datang salesman lain, tak tahu kenapa mentang mentang rumah anda besar bukan main banyak salesman datang.

“Saya kamal dari syarikat Boway, kami ada promosi jualan penapis air kopi yang sangat sangat berbaloi!” Kata jurujual tu

Anda yang sebagai seorang masyarakat yang prihatin pun layan lah penjual tu. Berbincang segala macam tentang produk dia. Akhirnya anda beli juga penapis air tu.

Bila anda dah beli dan bawak masuk dalam rumah baru anda perasan
“Alamak kan aku dah ada penapis air! Aduh apasal aku beli lagi” rintih anda

Beberapa hari kemudian sedang anda duduk termenung di ruang tamu memikirkan duit belanja yang makin sikit, ada suara memberi salam.

“Assalamualaikum, saya ada benda nak jual ni” kata seorang lelaki di luar rumah berpakaian typical salesman.

Anda tersentak dan menyembunyikan diri. Disebalik tingkap anda memandang salesman tu di luar.l

Setelah beberapa kali memanggil, akhirnya jurujual tu pergi ke rumah lain pula lantas anda menghela nafas lega.

Okay memandangkan cerita ni dah macam melalot nak jadi novel pulak jadi saya simpulkan terus

Craving merujuk kepada ‘keinginan’.

Anda tahu hukum tengok video lucah dalam islam berdosa, dan secara moralnya pun sangat teruk.

Tapi sebab apa anda masih nak tengok?

Sebab utamanya CRAVING tu tadi. KEINGINAN nak tengok video lucah tu datang.

Maknanya mungkin anda tengah buka internet, dan tiba tiba ‘keinginan’ atau craving nak buka pornografi tu datang, jadi apa perlu anda buat?

BIARKAN DIA PERGI

Sama macam salesman tu. Anda tahu kalau anda layan jurujual yang datang mesti anda akan beli jadi jangan layan dan biarkan dia pergi (at least jawab salam dan kata tak berminat)

Senang cakap macam ni,

Tolonglah percaya..

yang kalau anda biarkan salesman tu pergi, dia akan pergi.
Kalau anda hanya biarkan ‘keinginan’ atau ‘gelora perasaan’ tu, lama lama dia akan pergi juga.

Sebab tu penulis tegaskan, bila kehendak ‘nak buat’ tu datang, sabar dan cuba biarkan ia pergi. Sebab dia memang akan pergi punya!

Apa yang anda perlu buat hanya tenangkan diri. Letakkan tangan di dada. Sambil tarik nafas perlahan anda cuba tumpukan apa yang sedang rasa di dada anda.

Mungkin nervous, mungkin berdebar, hanya rasai perasaan tu tanpa perlu fikir apa apa, tanpa perlu buat apa apa.

Hanya rasakan, tunggu dan

BIARKAN IA PERGI.

Okay! Jumpa lagi dalam ulasan yang berikutnya.

Sekian,
Amirul Ramli
Founder Noetic Therapy Resources
26/12/2016
Be strong! Keep moving forward!

About Amirul Ramli

Leave a Reply