Mari lawan ketagihan part 10

Apa khabar hari ni? Baik hendaknya. Esok sy akan balik ke rumah di Muar. Malam ni di KL lagi. Okay jom sambungan ulasan buku Recover to Live

Petikan buku
“You cant treat addiction simply by focusing on the detox. Someone who has done nothing but a detox is likely to use again. Interrupting use and quickly addressing relapse is really what we need to focus on when dealing with this illness” m/s xxxvii

Terjemahan ringkas
“Anda tidak boleh rawat ketagihan dengan hanya fokus pada ‘berhenti’ semata mata. Orang yang hanya setakat ‘berhenti’ semata mata berkemungkinan untuk buat semua benda tu. Anda perlu ganggu tabiat nak buat benda tu dan tengok apakah punca relapse adalah apa yang perlu difokuskan”

Okayy mungkin anda rasa blur sikit dengan terjemahan sy, huhu sy sedang cuba cari ayat yang sesuai.

Macam ni, penulis kata kalau orang yang ketagih tu (kita ambil contoh video lucah).. kalau orang yang ketagih tu, cuba nak pulihkan diri dia dengan hanya BERHENTI buat semata mata, mungkin susah nak pulih.

Boleh faham kan?

Maksud dia, anda ketagih video lucah dan tindakan anda nak pulih adalah dengan hanya ‘tak tengok video lucah’ lagi semata mata.

Kiranya anda nak pulih, macam mana pun tak ada apa apa perbezaan yang anda lakukan pada diri, hidup berjalan macam biasa dan apa yang anda buat hanyalah ‘berhenti tengok video lucah’..

Rasanya anda dah boleh tangkap. Nak pulihkan ketagihan video lucah anda mesti kena ada senjata.

Mesti kena ada usaha
Mesti kena ada tindakan
Mesti kena buat sesuatu!

Kalau setakat,

“Aku tak nak tengok benda kotor ni lagi, dah cukup lah”

Kalau setakat cakap macam tu je, dan anda sendiri pun tak nampak usaha yang anda buat, jadi memang susah nak pulih.

Nak pulih ketagihan video lucah rasanya anda tahu susah, jadi nak tak nak anda mesti kena rasa susah dalam usaha nak pulih ni.

Baik point seterusnya rujuk semula artikel kat atas ayat dia ‘ganggu tabiat’

Maksud dia anda perlu interrup, anda kena belajar ganggu flow nak tengok video lucah tu.

Kalau ikut flow kan macam ni,

1. Trigger
2. Terfikir
3. Layan fikiran
4. Relapse

JADI ANDA PERLU GANGGU FLOW TU.

Kadang kadang trigger ni tak dapat nak elak, jadi bila disentuh trigger tu mampu tak anda berhenti setakat nombor 2, ‘terfikir’?

Atau asyik asyik kena trigger relapse, kena trigger sikit relapse.
Sebab tu penulis tegaskan

PENTINGNYA ADA KEBOLEHAN GANGGU FLOW TU

Dan dia ingatkan kalau relapse, cuba ambil masa kaji apa sebab relapse tu berlaku. Mesti kena perhatikan betul betul untuk jadikan pengajaran.

Antara punca relapse boleh jadi persekitaran, boleh jadi terlayan filem seksi, dan lain lain.

Dan salah satu cara nak ganggu flow tu adalah dengan ada minda rasional yang kuat. Macam mana nak kuatkan bahagian otak berkaitan minda rasional (prefrontal cortex)?

MEDITASI

Boleh rujuk ebuku dalam modul ketagihan.

Baik jumpa lagi dalam ulasan esok! Sy dah macam seronok menulis ni. Rajin rajin la anda singgah sini ya.

Sekian,
Amirul Ramli
18/12/2016
Founder Noetic Therapy Resources
Be Strong! Keep Moving Forward!

About Amirul Ramli

4 thoughts on “Mari lawan ketagihan part 10

  1. Penulis buku tu ketagihan yang lagi teruk. Ketagih alkohol dengan dadah. betul tu, dengan minfulness terbukti saintifik boleh kuatkan minda rasional. Kalau setakat tahu je tak cukup, mesti paksa diri buat.

    Nampak senang, cuma tu la, bila senang tak ramai mampu buat amalkan.

  2. Wow dahsyat yer.. Alhamdulillah dia buat kajian, buat eksperimen dan persembah kn dalam buku ni…menyebab kan ramai dapat manfaat nya.

  3. Betul tu. Walaupun ketagihan penulis tu arak dan dadah, macam mana pun boleh diambil pengajaran sebab ada kaitan juga dengan ketagihan yang lain. Sebab secara neurologinya semua ketagihan sama mengganggu sistem reward otak.

Leave a Reply