Kisah dua serigala sebagai motivasi mereka yang ketagihan video lucah dan ketagihan onani

Ada seorang lelaki sedang duduk termenung di serambi sebuah rumah. Matanya memandang jauh melepasi hutan belukar di sekitarnya.

Sedang dia mengelamun datang seorang lelaki tua dan duduk di sebelahnya.

“Jauh termenung Jamil,” soal lelaki yang rambutnya sudah keputihan itu

“Takdelah tok,” balas Jamil kepada datuknya sambil meleparkan sedikit senyuman.
“Saya ada masalah sebenarnya ni tok. Masalah yang saya tak tahu macam mana nak atasi”

“Atuk tak nak dengar masalah kau. Itu kau setelkan sendiri” balas atuk Jamil cepat

Kedua dua mereka saling berpandangan lantas ketawa sesama sendiri. Kesunyian rumah kayu itu dipecahkan dengan hilai tawa mereka.

“Ada seorang lelaki ni..” cerita Atuk Jamil tiba tiba. Jamil yang masih tertawa terus memandang ke arah datuknya.
“Ada satu kisah seorang lelaki ni dia bela 2 ekor serigala. Dia sayang akan kedua dua serigala ni.

..lama kelamaan bila serigala tu dah besar, dia mula perasan satu benda yang tak disukainya. Dia tengok salah satu serigala mula buat perangai dan jadi sangat buas sehingga cederakan haiwan ternakkannya yang lain..

serigala yang satunya lagi sangat baik dan patuh pada arahan lelaki tu. Sampailah satu ketika ni, lelaki tu dapati kedua dua serigala tu mula saling bergaduh. Serigala yang jahat, bergaduh dengan serigala yang baik,” cerita Atuk Jamil bersungguh.

“3 bulan kemudiaan salah seekor serigala tu telah tewas dalam pergaduhan,” tambah Atuk Jamil lagi.

Jamil menyampuk “Habis serigala mana yang menang?”

Atuk Jamil mendiamkan diri. Dia kemudiannya meletakkan tangan pada bahu Jamil lalu berkata,
“Serigala yang lelaki tu banyak bagi makan”

…….

…….

Sifat panas baran, sombong, sikap tak bertoleransi, perangai yang tak elok, ketagihan dan lain lain perkara negatif umpama serigala jahat dalam diri.

Pemurah, kuat berusaha, ingat tuhan, yakin pada diri umpama serigala yang baik.

Jadi macam mana nak tewas kan serigala yang jahat?? Macam mana nak mengatasi ketagihan video lucah?

Jangan bagi serigala jahat tu makan.

Tinggalkan sifat sifat negatif, banyakkan sifat sifat positif, kuat kan semangat, sentiasa paksa untuk berusaha pulihkan ketagihan, sentiasa yakin pada perubahan diri.. bagi serigala ‘baik’ makan banyak banyak

Dan bila serigala jahat dah semakin lemah sebab (video lucah mula ditinggalkan, gambar gambar seksi pun dah tak dilayan, nafsu mula dikawal dengan bersungguh sungguh) serigala jahat tu akan tidak lagi dapat mengganggu hidup anda..

Sebab..

Kini serigala yang baik akhirnya menjadi pelindung anda.

About Amirul Ramli

Leave a Reply