Kesedaran bagi mereka yang dalam proses pemulihan ketagihan pornografi dan ketagihan onani

Apa khabar hari ni? Saya harap dalam keadaan baik dan kuat.

Dah macam macam teknik yang anda belajar, dah pelbagai tips anda ambil dalam cara mengatasi ketagihan video lucah. Setiap hari berlalu anda semakin kuat dan yakin untuk mengawal diri.

Anda tak sabar untuk betul betul pulih ketagihan video lucah tu, setiap hari anda bayangkan macam mana agaknya bila dah berjaya pulih. Anda teringin nak tahu apa agaknya rasa bila dah bebas ketagihan video lucah.

Anda tak sabar untuk berteriak “Yahoooo aku dah bebas ketagihan video lucah!”

Dan pandangan saya nak kongsi ni mungkin kedengaran pelik sikit.

Please dont do that~

Bukan part yang seronok bila ketagihan pornografi tu pulih,
Tapi part yang..

MENUNGGU untuk seronok bila ketagihan tu dah pulih.

Please dont do that..

Anda yang mengikuti blog ni rasanya dalam lingkungan usia 20an-30an.
Zaman awal dewasa yang pastinya macam macam benda anda sedang lalui dalam hidup sekarang ni.

Dan dalam lingkungan usia ni pastinya juga anda dah mula perasan.

HIDUP NI BESAR

Hidup ni besar sangat, luas sangat dengan macam macam benda. Lepas universiti saya kerja basuh pinggan di kantin kilang, lepas tu saya jadi cikgu sekolah menengah swasta, kemudian sekarang saya cuba melangkah dalam dunia bisnes pula.

Saya tahu hidup anda pasti lebih menarik.

Dalam lingkungan usia ni macam macam pengalaman hidup yang anda lalui. Pelbagai orang yang anda jumpa.

Ada hari sedih, ada hari seronok bukan main. Ada hari sakit hati, ada hari relaks dan rasa ketenangan hati.

Sebab anda sendiri tahu yang

HIDUP ANDA LUAS

Jadi jangan menunggu bilalah nak pulih ketagihan video lucah.
Tak usahlah terfikir apa agaknya akan jadi lepas dah pulih.
Jauhkanlah diri dari menanti hari itu tiba.

Jadi apa yang sepatutnya anda buat?

Ya memang ketagihan video lucah mengganggu hidup anda. Anda dah mula benci akan benda tu dan setiap hari berlawan habis habisan mengatasi ketagihan video lucah.

Harapan saya semoga padangan anda dalam hidup tak disempitkan dengan cabaran ketagihan yang melanda.

Sebab sekali lagi… Hidup ni besar!

Banyak benda yang boleh anda cuba buat. Macam macam perkara yang boleh anda belajar, pelbagai keseronokan hidup boleh anda cuba terokai.

Oleh itu kena buat apa?

Jangan tunggu

Rasa seronok sekarang. Cuba rasa betapa gembiranya anda sebab anda dah dalam jalan nak memulihkan diri pun saat ini.

Nikmati hidup sepenuhnya sekarang. Rasainya emosi sebaiknya sekarang. Buat apa yang anda teringin nak buat selama ni.

Memang ketagihan pornografi ni kurang ajar kepada anda.

Umpama seorang budak kecik yang baling kotak air minuman dekat kepala anda sehingga buat anda rasa begang.

Apa yang penting jangan sampai rasa begang yang kecil tu memberi kesan kepada hidup anda yang jauh lebih besar

” Kita meletakkan stress yang tak sepatutnya dalam usaha memulihkan ketagihan. Sepatutnya anda boleh buat ia lebih simple dan kurang tekanan, dengan hanya fokus pada teknik dan tips yang boleh dipraktiskan secara harian berbanding memikirkan matlamat jauh melibatkan perubahan hidup secara total.

Bila anda lebih fokus pada praktis pemulihan dalam rutin harian, anda akan lebih menikmati present moment, dan jadi lebih kuat.”

About Amirul Ramli

Leave a Reply