Cara kuatkan willpower anda untuk mengatasi ketagihan video lucah part 4

Apa khabar? hari ni kita berborak lagi pasal teknik atau cara untuk berhenti tengok video lucah atau cara berhenti tengok blue.

Macam mana dengan latihan latihan willpower yang dikongsikan sebelum ni? Dah try buat?

Tahniah. At least anda dapat praktikkan sikit pun jadi la nak rasa perubahan tu. Mula mula mungkin berat sikit, tapi lumrahlahh, kalau benda tu mudah semua orang boleh buat.

Tapi saya percaya anda bukan sebarangan orang, sebab anda ikuti blog ni dan membaca entri ni jadi pastinya anda seorang yang curious dan sentiasa ingin jadi seorang yang terbaik.

Baik hari ni adalah tips berikutnya untuk kuatkan lagi willpower anda biar bertambah mantap.

Saya namakan teknik ini,

MOMENTUM CRUSH!

Hahaha.. sebab apa nama macam tu? Entahlah saya main reka je yang penting bunyi dia cool. Kahkah..

Okay konsep dia macam momentum jugak. Anda ada ambil subjek fizik di sekolah menengah? Haa kalau ada senang laa.. tapi kalau tak ambil pun takpe sebab konsep ni simple je.

Simple tapi kalau anda betul betul cuba praktikkan mesti akan rasa sesuatu yang berbeza. Dan benda ni saya percaya memang akan dapat membantu anda lagi untuk melawan ketagihan pornografi dan ketagihan onani.

Macam mana nak buat?

Baik konsep dia macam AVALANCE. Rasanya anda pernah tengok atau dengar tentang situasi runtuhan salji dekat satu pergunungan.

Mula mula ketulan ketulan salji yang jatuh di puncak gunung tu sikit je, tapi bila dia jatuh.. ketulan tu jadi besar dan semakin besar sebab salji salji lain yang mengikut.

Dan lama kelamaan runtuhan yang tadinya kecil bila dah nak sampai bawah jadi semakin besar sebab banyak salji salji dekat gunung tu yang turut jatuh ke bawah.

Dalam situasi tu adanya konsep momentum dalam fizik dan sebagainya.

Habis apa kaitannya dengan nak kuatkan willpower?

Bukan main lagi cerita pasal gunung la, salji la semua ni. Haha

Macam ni, konsepnya

BINA MOMENTUM YANG KECIL SEDIKIT DEMI SEDIKIT

kalau willpower dah kuat, anda boleh bagi momentum atau hentakkan yang kuat bikin ketagihan pornografi tu hancur berderai.

Maksudnya anda perlu bina momentum.

Bina sedikit demi sedikit sehingga sampai satu tahap momentum yang anda bina sangat kuat sampai anda mampu untuk kawal diri dan lawan ketagihan video lucah tu.

Baik kita terus pergi contoh cara bina momentum dari kecik kepada besar,

1. Bangun saja dari tidur anda katakan pada diri. ‘Aku nak lipat selimut, nak kemas katil, bersihkan bilik, aku yang kawal diri aku’.

(Kalau rasa ianya susah, cari benda yang lagi kecil, contohnya nampak cawan atas meja cakap dekat diri “aku nak basuh cawan ni, aku yang kawal diri aku) 

Cold shower di pagi hari tu pon dah kira momentum di bina tu. Sebab tu bila mandi anda rasa lebih bersemangat sebab dah buat sesuatu yang susah jadi benda benda lain nak buat rasa lagi senang pagi tu.

2. Seterusnya cuba cari satu benda yang lebih mencabar untuk dibuat. Contohnya, “Okay dalam masa setengah jam dari sekarang aku nak baca buku ni. Tak kira apa jadi, aku nak fokus dekat buku ni saja”

Mula-mula mungkin anda rasa susah jadi boleh try 10 minit, lepas tu bila bila try pula 30 minit. Bila dah power sikit try cabar lagi diri 1 jam hanya fokus baca buku. No media sosial, no nothing~

3. Cuba cari sesuatu yang lebih susah. Mungkin “Baik, mulai hari ni setiap kali lepas zohor aku nak solat sunat”

Mula mula mungkin rasa susah, tapi anda mungkin dah mula terdetik
“Alah pagi tadi aku dah buat benda susah (cold shower), lepas tu aku berjaya pulak fokus baca buku sejam, mesti aku boleh buat punya ni. (Anda mula merasa kofiden disebabkan momentum yang anda bina sedikit demi sedikit)

4. Anda cari lagi benda yang lebih mencabar. Kali ni, “Okay mulai malam ni, kalau aku terjaga malam aku nak solat tahajud”.

Dan malam tu anda sendiri terkejut, tak tahu mana datang kekuatan untuk bangun malam tu. Bila renung balik baru perasan willpower makin hebat.

Apa saja anda nak buat, anda mampu buat sebab anda sedar anda dah mula mengawal diri anda sepenuhnya sekarang

5. Memontum yang anda bina sedikit demi sedikit kini semakin kuat. Kerajinan yang anda tunjukkan pada diri sendiri membuatkan anda semakim bersemangat.

Setiap cabaran demi cabaran anda berjaya lepasi dan menjadikan anda seorang yang sangat yakin pada diri.

Keyakinan anda merubah segalanya dalam hidup anda. Sebab anda mula sedar yang…

“AKU YANG MENGAWAL DIRI SEPENUHNYA”

About Amirul Ramli

Leave a Reply