Cara kuatkan willpower anda untuk mengatasi ketagihan video lucah part 3

Apa khabar anda hari ni? Okay? Alhamdulillahh. 
Kalau tak okay tu bawa la bertenang dan semangat sikit sebab hari ni kita akan berborak lagi pasal willpower
Semalam ingat lagi tips pertama untuk tingkatkan willpower? Boleh baca entri semalam untuk recall balik.
Baik tips yang ke dua
DELAY GRATIFICATION

Blog ni memang ditujukan buat mereka yang ketagih video lucah, macam mana pun, tips yang disampaikan kalau anda betul betul ambil dan cuba praktikkan dalam hidup,
Dijamin meningkatlah kualiti hidup anda sebab semua benda yang kita nak buat memerlukan willpower.
Semuanya perlukan kemahuan kita sendiri nak buat benda tu. Dan entri kali ni nak menyentuh lagi cara nak kuatkan ‘pengaruh mental’ tu.
Okay cukup la tu melalut, apa dia maksud delay gratification tu?
Macam ni, orang yang ketagih sesuatu memang ada masalah nak delay gratification ni. Gratification ni kalau anda check google maksud dia sinonim dengan kenikmatan la.
Delay tu pula kan tangguh, jadi delay gratification merujuk kepada menangguhkan dulu kenikmatan tu buat sementara waktu.
Kalau sebut nikmat ni haa memang sesuai la untuk orang yang ketagih tengok video lucah.
Kiranya willpower yang lemah, seseorang tu tak mampu nak tangguhkan kenikmatan tu.
Contoh best macam ni,
Saya hadiah coklat dekat anda, anda pula suka sebab pernah makan coklat tu. Memang cokelat favorite!
Mampu tak anda, kalau saya bagi arahan
“Nah cokelat kesukaan kau ni, tapi kau hanya boleh makan lepas seminggu” kata saya.
“Ala apasal pulak kena tunggu seminggu, baik aku makan sekarang aku dah lama mengidam cokelat ni”, balas anda segera
“Kalau kau dapat simpan cokelat ni untuk seminggu, nt lepas seminggu tu aku bagi lagi cokelat”, tawar saya sambil tersenyum sinis.
“Ahhh, aku nak makan sekarang. Takdenya aku nak tunggu seminggu. Kalau aku nak makan lagi nanti aku belilah sendiri”, jawab anda sambil membuka bungkusan coklat itu dengan rakusnya.
ITU CONTOH WILLPOWER TAK KUAT
Sebab apa tak kuat? Seseorang tu tak mampu nak tangguhkan atau delay kenikmatan tu untuk satu kenikmatan yang lebih berganda. (Tangguh dapat 2 coklat)
Macam kalau yang ketagih video lucah, tak boleh ke nak delay dulu kehendak seksual tu? Tahan sikit tak boleh? Nanti khawin kan lagi besar dan ‘halal’ nikmat dia.
Namun apakan daya andainya anda dah ketagih video lucah, besar kemungkinan keupayaan anda untuk delay gratification atau ‘ nak tahan’ tu dalam tahap yang lemah. Sebab willpower lemah
Jadi macam mana cara nak kuatkan willpower?
Haa.. apa lagi
PRAKTISLAH DELAY GRATIFICATION TUUU (Praktis tangguhkan kenikmatan)
Okay berikut adalah contoh, anda cuba cari situasi dalam rutin harian anda sendiri untuk cuba aplikasikan
1. Rasa macam nak dengar satu lagu best ni. Mungkin satu lagu hangat yang sedang top di radio. Anda tangguh dulu dan cakap “lepas aku siap kerja ni baru aku dengar lagu tu kat youtube”

2. Ada orang kasi kek yang sedap. Anda katakan pada diri “aku simpan dulu kek ni, malam nanti aku makan” (padahal boleh makan sekarang tapi belajar untuk sengaja tangguhkan kenikmatan tu)
3. Hari ahad tiba dan anda plan nak keluar rumah jalan-jalan. Anda katakan pada diri “Sebelum berseronok kat luar, aku nak kemaskan dulu rumah gila gila punya. Selagi tak kemas aku takkan keluar”

4. Anda nak bukak facebook, insta dan anda katakan pada diri “Mulai hari ni aku hanya tengok fb dengan insta waktu malam je” (tangguhkan keseronokkan tu)
Macam mana? Dah boleh tangkap kan? Cubalah amalkan dalam hidup. Praktis setiap hari untuk tangguhkan sesuatu yang ‘best’ buat seketika.
Contoh nak main facebook, tahan untuk 1 jam lepas main tu main lan, atau nak layan movie, tahan untuk 1 minggu lepas tu layan lah. Jangan terkejut kalau sebab dah selalu ‘tahan kehendak’ tu, dengan mudahnya anda kawal diri.
Percayalah sedikit demi sedikit willpower anda akan meningkat dan jadi kuat.
Bila willpower dah kuat apa jadi??
ANDA SENDIRI TAHU


BERSAMBUNG

About Amirul Ramli

2 thoughts on “Cara kuatkan willpower anda untuk mengatasi ketagihan video lucah part 3

  1. sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang disebutkan oleh salah seorang sahabat,
    إِنَّكَ لَنْ تَدَعَ شَيْئاً لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ بَدَّلَكَ اللَّهُ بِهِ مَا هُوَ خَيْرٌ لَكَ مِنْهُ
    “Sesungguhnya jika engkau meninggalkan sesuatu karena Allah, niscaya Allah akan memberi ganti padamu dengan yang lebih baik.” (HR. Ahmad 5: 363. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih. Syaikh Salim bin ‘Ied Al Hilali berkata bahwa sanad hadits ini shahih.)

    Benar janji Allah dan rasul Nya…kalau kita tinggal kan sesuatu kerana Allah pasti Allah akan bagi yg lebih baik, lebih nikmat dan lebih bermakna dunia dan akhirat..in Shaa Allah..

Leave a Reply