Cara kuatkan willpower anda untuk mengatasi ketagihan video lucah part 2

Baik cuba bayangkan situasi ini.

Anda bangun dari tidur dan lihat jam pukul 6.05 pagi. Suasana memang gelap, sejuk, dingin. Hujan di luar. Setelah solat subuh anda baring semula di atas katil. Dengan menarik selimut, anda rasa hangat, selesa rasa tenang di pagi Ahad tu. Lalu anda berkata pada diri

“Perghh sedapnya tidur, kat luar tengah hujan pulak tu” bisik anda seraya menarik selimut.

Lalu ada satu kata kata pelik datang tiba tiba dalam benak fikiran anda

“Apa kata aku mandi, lepas tu aku boleh baca buku-buku yang aku beli tak habis baca lagi tu” hasut fikiran anda (kehendak fikiran)

“Eh gile nak mandi sejuk sejuk macam ni, baik aku baring dalam selimut ni je, lagi selesa, hangat” getus anda dalam hati. (Kehendak badan)

Persoalannya

Mampukah kehendak fikiran anda melawan kehendak badan anda??
Badan nak rasa selesa atas katil, fikiran pula nak segarkan diri mandi dan baca buku?

Walaupun kehendak fikiran selalunya positif dan baik, kadang kadang tak ramai yang kehendak fikirannya (willpower) mampu nak lawan apa badannya nak rasa.

Macam ketagih video lucah, badan nak tengok video lucah tu dan nak rasa ‘nikmat’ seksual dengan melancap contohnya tapi

Fikiran rasional sentiasa ada dan berbisik

“Aduh sampai bila aku nak buat benda ni, dah la berdosa.”

Malangnya kehendak fikiran tak dapat nak lawan kehendak badan. Cuba fikir semula. Pernah berada dalam situasi ni?

Jadi terimalah tips 1 nak kuatkan willpower,

MANDI DI PAGI HARI (cold shower)

Okay okay macam ni,  willpower ni macam muscle la jugak. Macam otot anda, bila lagi kerap main besi angkat dumbell, nanti lama lama mesti kuat.

Jadi anda perlu exercise willpower tu!

Paksa diri untuk buat sesuatu yang badan tak nak buat tapi fikiran nak buat

Contoh yang saya suka bagi mandi pagi pagi tu.

Badan rasa malas nak terus selimut atas katil, tapi fikiran nak mandi supaya segar

Jadi paksa supaya fikiran anda menang. 

Lagi selalu fikiran anda menang dan mengalahkan kehendak badan anda, lagi bagus!

Jangan terkejut kalau satu hari nanti anda berdebar (kehendak badan) tertengok scene 18sx dalam movie dan dengan mudahnya fikiran anda

“Ah aku dah boleh lawan trigger ni, aku yang kawal diri aku. Jangan harap aku nak biarkan diri aku ni tengok video lucah lagi”

TIPS 1 TINGKATKAN WILLPOWER

BUAT SESUATU YANG ANDA TAK SUKA TAPI BAIK UNTUK DIRI ANDA

Cuba fikirkan dalam rutin harian anda dan aplikasikan tips ini. Kuncinya senangnya.. kalau anda terfikir..

“Alahai, malasnya aku nak buat benda tu…”

HAA JADI CEPAT CEPAT BUAT, ITU PELUANG NAK TINGKATKAN WILLPOWER

BERSAMBUNG

About Amirul Ramli

Leave a Reply