Berhenti tengok video lucah dan anda jadi lebih pandai

Ada baca ulasan buku Recover to Live semalam? Menarik kan. Kalau tak baca boleh baca dulu. Secara ringkasnya pengkaji mendapati mereka yang ketagihan ni secara langsung ada masalah attention span.

Maknenya sukar nak tumpukan perhatian pada sesuatu perkara.

Macam mana agaknya orang yang dah terlibat dengan ketagihan video lucah bertahun tahun lama nya?

Tanpa mereka perasan, mereka dah menyebabkan otak mereka atau intelektual mereka semakin merosot.

Pernah tak anda jumpe, mungkin kawan lama anda, atau orang yang anda kenal, atau anda sendiri melalui perubahan ni?

Saya ada seorang kawan masa di universiti. Dan nama pun universiti pastinya dia ni kira pandai la kan. Dia ada meluahkan, ada ambik ganja, ketagih video lucah, dalam masa yang sama merokok,

Jadi bayangkan apa agaknya kesan ketagihan tu kepada otak dia? Memang tak dinafikan merosot akademik dia. Senangkan nak masuk universiti awam bukan senang. Mesti at least have some sort of intelligence kan?

Sedih tak anda, kalau ketagihan video lucah ni dah menyebabkan anda hilang diri anda yang sebenar. Kalau anda sedar anda ketagih video lucah mesti perasan yang kadang kadang benda simple pun susah nak faham. Dan sifat pelupa tu dah makin menjadi jadi.

Macam mana pun berita gembira nya otak kita sentiasa mampu untuk pulih semula. Berhenti tengok video lucah melancap semua tu, pulihkan ketagihan video lucah yang anda alami..

Memang ambil masa nak recover, memang susah dan perlukan motivasi yang kuat, sebab tu adanya blog ini.

Bila anda dah pulih nanti baru, tak payah tunggu lama tengok sebulan dari sekarang mesti anda perasan anda sesuatu perubahan dalam diri anda.

About Amirul Ramli

Leave a Reply