3 Kunci penting gila cara mengatasi ketagihan pornografi dan ketagihan onani

Ada satu benda yang sangat penting dan perlu betul betul anda titik beratkan andainya nak pulihkan ketagihan video lucah ni.

Apa benda yang penting sangat tu?

Cuba tengok gambar bawah ni

Situasi 1

Anda seorang warrior yang hebat. Cewah.. Pejuang dalam membebaskan diri dari ketagihan pornografi, ketagihan onani, dan segala ketagihan-ketagihan yang memusnahkan diri anda tu.

Yang Slime hijau (monster) tu kita bolehlah anggap macam segala bentuk trigger atau godaan. Boleh jadi tengah tengok drama dalam laptop lepas tu boleh pulak ada scene yang ‘kurang ajar’ (seksual). 
Memandangkan hari tu motivasi anda kuat, dengan mudahnya anda menyahkan godaan tu umpama pahlawan yang melibaskan pedang pada Slime hijau dalam gambar tu. 
Slime tu mati, godaan tu pun anda berjaya lepasi. 
“Alaa satu slime je, apa ada hal. Sekali aku pukul selesai!,” teriak anda.

——————————————————————————————————

Situasi 2

Keesokkannya anda tengah jalan-jalan tanpa sengaja terjumpa lagi Slime hijau. Kali ni ada 3 ketul yang mengganggu ketenteraman jiwa anda yang nak relaks.

Kiranya anda pada hari tu dengan tak sengaja dah terserempak dengan 3 bentuk godaan atau trigger. Masa ni anda dah mula goyah sikit. Maklumlah, kalau satu je godaan boleh lagi nak lawan. Tiba-tiba 3 pulak yang datang.

Dalam konteks ketagihan pornografi boleh lah bagi contoh pagi tadi tertengok gambar awek seksi dekat instagram, tengah hari masa keluar pergi Mid Valley ternampak pulak amoi-amoi pakai pakaian menggoda, lepas tu petang tadi anda tak sengaja boleh pulak tengok scene unsur unsur 18SX dalam movie dekat internet.

Masa ni memang anda dah mula rasa kacau. Tapi dengan motivasi yang ada, dengan tekad yang kuat anda kuatkan semangat dan teruskan perjuangan dan terus hentam Slime-Slime hijau yang mendatang tu.

Dalam hati anda terdetik “Ala, 3 slime je relaks la. Boleh hadapi punya”

——————————————————————————————————

Situasi 3

Dah beberapa hari anda berjaya tak tengok video lucah dan berjaya tak onani, tiba-tiba hari ni bukan main banyak godaan datang. Trigger segala macam datang. Satu demi satu anda cuba lawan.

Tapi dalam hati anda mula terdetik sesuatu yang tak patut,  “Apa kata aku tunggu slime ni banyak-banyak baru aku kalahkan. Baru best” kata anda sambil mengalahkan Slime tu dengan acuh tak acuh.

Tanpa anda tak sedari, anda dah melayan banyak godaan-godaan (Slime) yang datang ke arah anda.

——————————————————————————————————

Situasi 4

Alamak! Tidakk! Anda dah penat-penat cuba berhenti tengok video lucah, dah nekad nak tinggalkan pornografi dan onani. Tiba-tiba tak di sangka-sangka Slime datang bertubi-tubi,

mula mula anda fikir, “Alah aku boleh kalahkan punya, relaks la” kata anda sambil mengalahkan Slime itu sambil lewa.

Tapi malangnya slime terus datang semakin banyak,

MAKIN LAMA MAKIN BANYAK DATANG!

Anda mula resah, dan berkata “Alamak, dah banyak datang ni. Apasal waktu Slime ni seekor aku tak terus kalahkan je. Kenapalah aku tunggu dah banyak-banyak baru aku sungguh sungguh”


SITUASI KETAGIHAN PORNOGRAFI

Anda mula resah, dan berkata, “Alamak, aku dah terbuka laman web lucah ni. Apasal aku boleh masuk website porn ni. Patutnya masa saja-saja tengok video seksi kat youtube tadi tu aku stop dah. Yang aku pergi layan apasal kan dan tak boleh tahan. Ni dah masuk website lucah ni memang habislah aku.”

7 minit kemudian selepas anda dah tengok video lucah dan onani mulalah anda rasa kecewa

sebab anda kini sedar segala usaha anda untuk bebas ketagihan pornografi selama ini dah……

Situasi 5

——————————————————————————————————

Kesimpulan

1. Jangan layan trigger yang kecil. 

Lawan terus trigger yang kecil tu sebab anda mesti boleh lawan punya. Tengoklah anda sebagai warrior tu dengan mudahnya tewaskan seekor Slime yang datang. Jadi bila fikiran datang menghasut terus lawan. Jangan sambil lewa.

Contoh : “Aku nak baca berita pasal kes rogol beramai ramai ni lah. Bukan ada kaitan dengan ketagihan aku pun” (Tanpa sedar itulah trigger pada diri anda)

Ingat lawan trigger/godaan semasa ia kecil, jangan sampai dah banyak Slime datang, dah bertubi tubi godaan ganggu baru nak lawan!

2. Elakkan dari pergi tempat yang banyak SLIME (Godaan)

Kalau dah tahu tempat tu banyak godaan jangan lah anda gatal-gatal nak pergi. Sebab bila dah terlalu banyak sangat susah untuk anda hadapi. Kalau boleh, elakkan terus dari jumpa Slime tu. Kalau ternampak slime buat tak tahu dan pergi jauh. Nak pergi jumpa buat apa kan?

Slime tu boleh kacau anda!

3. Naikkan level anda dan kasi habis semua Slime tu!

Semuanya bergantung pada level. Kalau level rendah, seekor dua slime serentak mudah untuk anda setelkan. Tapi kalau dah sekali banyak datang memang bahaya la.

Habis nak buat macam mana?

LEVEL UP!

Sabar dan kalahkan Slime yang datang satu demi satu.

Ingat kalahkan slime yang datang. Bukan sengaja cari Slime. Jangan sengaja cari trigger atau godaan. 

Satu demi satu slime anda tewaskan tanpa ragu-ragu.

Satu demi satu godaan anda lawan dengan sungguh-sungguh.

Lepas tu barulah level anda sebagai warrior makin meningkat. Tanpa sedar anda dah jadi sangat kuat dan dengan mudahnya kasi habis segala macam Slime yang datang.

Bayangkan, satu hari nanti bila segala bentuk godaan, macam macam trigger datang dan dengan mudahnya anda buat tak tahu dan abaikan. Bisik anda dalam hati,

“Aku dah kuat, segala bentuk trigger ni dah tak ada kesan dekat aku. Aku dah berhenti tengok video pornografi dan aku takkan lagi tengok video pornografi. Aku dah bebas!”

About Amirul Ramli

Leave a Reply