Perempuan ketagih video lucah?

Andainya anda membaca post ini, 80% saya yakin anda adalah seorang lelaki. Mengapa? Adakah lelaki saja yang ketagih video lucah?

Jawapannya saya sendiri tak tahu 😂

Relaks, sabar. Tapi apa yang saya percaya daripada pembacaan saya, seorang perempuan jarang terdorong untuk tengok video lucah seperti lelaki. Alasannya?

Lelaki suka apa yang dilihat!

Habis tu perempuan suka apa?

Perempuan suka apa yang dirasa (feeling)

Lelaki memang terdorong dengan faktor visual yang kuat. Dah hasil ransangan seks juga jika diperhatikan banyak dipengaruhi faktor visual. Maksudnya lelaki boleh ghairah dengan sesuatu yang dilihatnya.

Berbeza dengan perempuan, ya perempuan juga bernafsu tetapi faktor visual bukan faktor dorongan utama. Seorang suami suka melihat isterinya cantik (visual) , manakala si isteri pula suka apabila dibelai oleh suami, dimanja dan disayangi.

Jadi adakah ada perempuan yang ketagih video lucah?
Pastinya ada tapi besar kemungkinan bilangannya kecil.

Disebabkan lelaki tertarik, suka akan apa yang dilihat, ia menjadi penyebab utama ketagihan pornografi atau ketagihan video lucah ini terjadi.

Sebab itu salah satu cara berhenti atau pulihkan ketagihan video lucah menurut islam adalah dengan…..

JAGA PANDANGAN MATA!

====================
Dapatkan modul ketagihan dalam blog ini untuk membantu anda berhenti tengok video lucah dan pulihkan ketagihan itu.

About Amirul Ramli

Leave a Reply