Cara berhenti ketagihan melancap

Melancap atau onani ni boleh dikaitkan dengan satu masalah yang lebih besar. Selalunyalah andai anda ketagih melancap, besar kemungkinan anda seorang yang ketagih menonton video lucah juga.

Disebabkan faktor internet yang semakin laju, smartphone yang canggih jadi agak membimbangkan bila kita fikirkan tentang isu ini. Ada rakan saya menonton video lucah sejak sekolah rendah lagi.

Dan bila tengok video lucah, cara melepaskan nafsu tu pastinya dengan melancap atau onani. Astagfirullah.

Semoga Allah memberi perlindungan kepada kita atas godaan nafsu kita sendiri.

Bila dah ketagih video lucah mulalah timbul masalah baru ketagih melancap atau onani. Masalah ni besar sebab bila melancap, ia mengeluarkan air mani yang sepatutnya diciptakan untuk melahirkan zuriat anda kelak.

Apa hukum melancap dalam islam? Pada pendapat saya tentu dilarang. Hentikannya!

Bayangkan segala tenaga, mineral dalam tubuh anda (ingat air mani itu nak menjadikan seorang bayi)  dikeluarkan dengan sengaja atas dasar melayan nafsu semata mata.

Ada yang kata bila dah ketagih melancap dan ketagih video lucah susah nak berhenti, tapi boleh berhenti!

Dengan adanya kesungguhan, sabar dan teknik yang betul pasti anda berjaya melawan sebarang ketagihan yang anda miliki.

Langkah pertama, bebaskan diri anda dari keseronokkan melancap dan menonton video lucah tu. Terima yang anda tak nak lagi buat benda tu walaupun anda tahu benda tu best.

Ada ramai yang cuba nak berhenti melancap dan berhenti tengok video lucah namun tak berjaya sebab, deep down dalam hati mereka.. mereka masih nak rasa keseronokkan buat benda tu.

Lepaskan genggaman tangan anda terhadap benda tu, beritahu diri berulang ulang kali

“Dah tiba masa untuk aku berhenti. Demi masa depan aku sendiri

About Amirul Ramli

Leave a Reply