Apa punca anda ketagih video lucah

Ketagihan video lucah boleh dikaitkan dengan masalah emosi.

..

Ya, saya ulang sekali lagi.

Mereka yang ketagih video lucah ni ada masalah dengan emosi atau dalaman mereka. Ada yang kata tengok video lucah sekadar suka suka.

TAK MASUK AKAL

Video lucah ni boleh dikaitkan dengan kepuasan seks segera. Tengok video lucah, lakukan onani atau melancap dan seseorang itu rasa nikmat seperti buat seks. Malangnya…

LANGSUNG TAK SAMA

Mereka yang ketagih video lucah ni tahu, bila mereka tengok video lucah mereka rasa stress mereka hilang, rasa seronok, rasa nikmat sedangkan benda tu hanya sementara.

Mereka yang ada masalah emosi, rasa bosan, rasa sunyi, rasa kosong memang cenderung untuk ketagih video lucah sebab mereka dah dikaburi dengan kenikmatan emosi yang hanya beberapa ketika tu.

Hidup ni sentiasa ada cabaran yang datang dan sentiasa ada sesuatu yang akan mengganggu emosi anda. Deal with it!

Hadap cabaran hidup yang mendatang dengan berani dan yakin, bukan duduk seorang diri dalam bilik tengok video lucah dan melancap!

Saya yakin anda berbeza. Mulai saat ini, anda akan tinggalkan tabiat buruk tu semua sebab anda dah mula sedar, benda tu hanya nikmat sedikit tapi mendatangkan keburukan yang besar buat diri anda.

Penuhkan hari anda dengan emosi yang gembira, positif dan sihat, lepas tu baru anda perasan mudahnya nak tinggalkan ketagihan ponografi ni.

About Amirul Ramli

Leave a Reply