Anda cuba berhenti menonton video lucah namun gagal?

Mula mula memang seronok. Tetapi sampai satu tahap, mereka mula merasakan satu bentuk desakan yang kuat untuk cari video lucah di internet. Dan desakan tu membuatkan mereka rasa hampa, rasa putus asa, rasa macam loser sebab dah tak dapat kawal diri.

Ya, itulah yang dirasakan oleh mereka yang telah ketagih video lucah, ketagih melancap. Sedangkan mereka tahu benda tu merosakkan diri dan memusnahkan masa depan namun mereka rasa mereka tak dapat nak melawanya.

Jadi apa anda perlu buat? Anda dah serik! Anda tak nak bergelumang dengan dosa lagi. Anda dah benci video lucah. Anda menyampah dengan diri anda yang dulu melancap atau onani sambil tengok video lucah. Enough is enough!

Hari pertama tahan. Alhamdulillah.. mudah. Berjalan lancar. Hari ke 2, hari ke 3, hari ke 4 berlalu dirasakn ada peluang untuk berjaya. Hari ke 6, hari ke 7 mula rasa semacam.

Rasa macam resah, rasa ada yang tak kena, dan menyedihkan ada yang tewas pada waktu ni. Dah seminggu berjaya, terjebak kembali tengok video tu.

Habis nak buat macam mana?

Dah berulang kali..

Menyesal.. tahan… berjaya tahan... tertengok.. tewas.. menyesal… kecewa… cuba tahan lagi… berjaya tahan lama sikit… tak tahan… tertengok lagi… tewas….sedih… putus asa

Jadi apa yang perlu anda buat?

TERUSKAN USAHA! TERUSKAN TAHAN! TERUSKAN MAJU KE DEPAN!

Tak kira berapa ratus kali pun anda tewas, jangan pernah putus asa nak pulihkan diri.  Sentiasa yakin, sentiasa percaya yang satu hari nanti anda akan pulih jugak akhirnya.

Itulah kuncinya.

Tak kira apa jadi.. tak kira apa berlaku anda wajib

YAKIN MASANYA AKAN TIBA DAN ANDA AKAN PULIH

Terus, terus dan terus yakin tak kira apa berlaku.. percayalah. Disaat anda rasa susah.. kejayaan mengawal diri itu semakin hampir.

About Amirul Ramli

Leave a Reply