Tak cukup lagi ke tengok video lucah? Tak Cukup lagi ke hisap rokok?

Bayangkan anda sedang menonton sebuah filem yang best. Filem yang memang seronok. Filem yang buat anda ketawa, rasa sedih, rasa marah, rasa tak puas hati. Filem itu terlalu best bagi anda sehingga anda tengok semula.

Kemudian pada 3 hari berikutnya anda tonton semula filem tu lagi. Minggu depan anda tengok jugak, begitu juga pada minggu seterusnya. Berpuluh kali anda tengok filem tu. Lama kelamaan anda mengalami satu benda yang tak best.

“Adeh bosan pulak rasa”

1. Itulah dia lumrah kita sebagai manusia. Satu benda yang seronok, nikmatnya memang dirasai pada mula tetapi apabila dihadam melebihi batasan, kenikmatan yang dirasai akan mula hilang. Ini kerana otak kita sudah biasa dengan ‘benda’ tu. 

2. Sekarang cuba tanya diri, cuba tanya betul-betul diri anda,

“Tak cukup lagi ke berapa banyak video lucah aku dah tengok?” 

“Tak cukup teruk lagi ke apa yang aku dah buat kat badan aku, bila bertahun aku hisap rokok ni?”

“Tak cukup lagi ke aku buat benda yang aku sendiri tak suka ni?” 

3. Mudah-mudahan dengan tanya soalan itu pada diri anda, akan timbul kesedaran yang SEKARANG lah masa untuk berubah. Kalau bukan SEKARANG bila lagi? 

4. Tak cukup lama dah ke kita biarkan diri kita ketagih? Tak cukup lama dah ke kita terantai dengan ‘benda’ tu?

Percaya pada diri, usaha, doa dan tawakal. InsyaAllah. Kini giliran anda untuk pulih! 

About Amirul Ramli

Leave a Reply