Jumlah Pelajar Sekolah Terlibat Dadah Masih Meningkat

BUTTERWORTH 14 MEI 2016 – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyatakan kebimbangan apabila statistik menunjukkan 717 pelajar berusia lingkungan 13 hingga 18 tahun dikesan terjebak dengan gejala penyalahgunaan dadah tahun lepas berbanding 622 pelajar tahun 2014. -BERNAMA


“Hasil operasi dan pemeriksaan ujian air kencing, sejak Januari hingga April tahun ini, kami mengesan 50 pelajar terlibat dengan dadah. Jumlah itu daripada sebahagian operasi dan pemeriksaan yang dijalankan dan saya percaya sekiranya digiatkan berkemungkinan pelajar yang dikesan terbabit dengan dadah meningkat kepada empat ke lima kali ganda””

 Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK, Izhar Abu Talib 
        

 1. Antara faktor utama yang saya rasa sebab apa pelajar sekolah ni banyak terlibat dengan dadah, merokok dan sebagainya. 

“Kurang sedar bahaya serta kesan dadah kepada diri”

2. Saya rasa macam tu sebab ada kawan saya yang ambil ganja, dan dia ambil ganja tu seolah olah makan gula-gula asam 50 sen di kedai. Maksudnya benda tu macam tak ada apa-apa dan biasa untuk diambil. 

3. Sama-sama kita menanamkan kesedaran kepada orang-orang di sekeliling kita terutama ahli keluarga kita sendiri yang masih remaja.

4. Saya sendiri ada kenalan yang terlibat dengan dadah sehingga ditangkap beberapa kali. Aduhai~



About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply