Betulkah Cara Kita Berdoa?

“Dah lama cuba berhenti merokok?
Selalukah kita berdoa kepada Allah agar kita dapat berhenti?”

“Dah lama cuba berhenti tengok video lucah?
Selalukah kita berdoa kepada Allah agar kita dikurniakan kekuatan untuk mengawal hawa nafsu kita?”

“Dah lama cuba untuk pulihkan ketagihan?Selalukah kita berdoa kepada Allah agar kita dikurniakan kesembuhan?”

1. Berdoa kepada Allah merupakan senjata utama nak membantu anda memulihkan diri dalam ketagihan serta cabaran yang anda sedang hadapi ni. 

2. Kebanyakkan orang yang berjaya pulih ketagihan hanya sekejap je. Dan waktu tu biasanya datang dari keyakinan diri semata-mata. Katakan anda sangat yakin anda boleh berubah, anda mungkin akan berjaya untuk pulih dengan keyakinan itu, persoalannya sampai bila motivasi dalam diri kita itu mampu bertahan.

3. Dan salah satu cara untuk memastikan motivasi anda terus dalam kondisi yang terbaik adalah dengan berdoa. Berdoa, berdoa, berdoa dan berdoa. Lima kali sebut doa tu, sebab apa lima kali sehari? Anda sendiri tahu kenapa. 

4. Jom pulihkan diri dari ketagihan! Anda boleh! Masa untuk percaya pada diri anda. 

About Amirul Ramli

Leave a Reply