Bagaimana menguatkan daya fokus anda untuk berhenti tengok video lucah

Kadang kadang macam tu la, anda dah niat, dah berjanji pada diri sendiri tak nak tengok video lucah lagi. Lepas tu anda perasan, ada masa anda bersemangat, ada masa macam terleka, hilang fokus dan tewas.

Tarik nafas.. tahann dan hembus perlahann laahann.
Relaks dan cuba tenangkan fikiran anda. Dah rasa lapang dan lebih relaks? Bagus.

Kemahiran memfokuskan fikiran anda kepada sesuatu perkara adalah satu kebolehan yang penting bagi membantu anda lagi untuk berjaya melakukan pemulihan diri.

Cuba ikuti langkah berikut

1. Pejam mata dan tarik nafas sedalam dalamnya, kemudian hembusan dengan perlahan lahan. Ulang semula sambil merasai udara tu masuk ke dalam hidung dan rasakan ianya memenuhi dada anda.

2. Kawal fikiran anda utk hanya fokus kepada pernafasan anda. Okay cuba try buat dulu utk seminit. Macam mana? Dah? 😀

3. Kemudian boleh buka mata. Cuba fokus pada pendengaran anda pula. Cuba sebut 3 benda yang boleh anda dengar. Relaks, dengar dan fokus. Mungkin bunyi kipas, bunyi burung dan bunyi kereta lalu lalang di luar. Bagus!

4. Ulang semula langkah di atas sampai anda rasa mcm lebih alert, dan lebih bersemangat.

Di atas merupakan sedikit teknik minfulness ada diterangkan dlm ebuku modul ketagihan. Boleh download utk anda baca dan buat anda lagi fokus utk lawan ketagihan video lucah ni!

About Amirul Ramli

9 thoughts on “Bagaimana menguatkan daya fokus anda untuk berhenti tengok video lucah

  1. Assalamualaikumwarahmatullah…ya cara ini berkesan.sgt membantu.. rekod terlama saya x buat benda x senonoh ni ialah 45 hari, kerana berjaya mengawal fikiran dan menjauhi trigger, Alhamdulillah…trima kasih byk2 tuan atas panduan.

  2. Wslm. Terima kasih sudi komen. Dengan perkongsian pengalaman saudara ni mesti akan membuatkan orang lain yang sedang dlm proses pemulihan jadi lebih bermotivasi

  3. Aamiiin..saya juga harap begitu..sekarang saya sedang usaha untuk mencapai rekod 90 hari in Shaa Allah…doa kan saya tuan..semoga Allah memelihara tuan dunia dan akhirat dan memberi ganjaran pahala atas perkongsian ilmu dan pertolongan tuan kepada kami yg menderita ini.

  4. InsyaAllah sy doakan saudara semakin kuat dari hari ke hari. Saya yakin saudara dah pun mula rasa seronok jadi orang yang baru, kan? Semoga terus berjaya dalam hidup! Ingat kita sentiasa ada pilihan. SEMAKIN LAMA, KITA AKAN SEMAKIN KUAT MEMILIH YANG TERBAIK UNTUK HIDUP KITA. Be strong keep moving forward

  5. Ooo yeah..memang dah rasa sedikit demi sedikit perubahan dalam diri.dah mula rasa seronok, rasa diri ini kembali berguna, rasa rahmat Allah sentiasa bersama-sama saya.alhamdulillah…byk pertolongan Allah yg dtg kerana jika kita jaga apa yg Allah suruh maka Allah akan jaga kita.

Leave a Reply