Tips Bila Anda Rasa Hidup Anda Serba Tak Kena

Masalah, dugaan serta cabaran yang datang bertimpa-timpa tanpa diundang, ternyata boleh memeningkan kepala anda. Adakah anda sedang berada dalam ‘situasi’ yang membuatkan anda frust?

“Adoi pening kepala aku. Duit tak cukup. Kat tempat kerja asyik kena marah. Kereta pulak time ni rosak. Macam macam plan tak jadi. Stress aku!”

 

Dah nama pun hidup bro, biasalah tu. Lepas satu masalah, satu masalah baru akan datang. Habis tu nak buat apa? Jadi terima sajalah. Mesti ada sebab dan hikmah sesuatu perkara itu berlaku kepada anda. (Terima saja? cakap senanglah!).

 

Ya, bila ujian datang menduga terimalah dengan hati yang terbuka dan mulut yang tersenyum. Jangan berharap semoga hidup bebas dari segala masalah. Tapi berharaplah anda jadi seorang yang kuat untuk berhadapan dengan ujian yang datang tu.

 

Ingat, kegembiraan itu datang bukan dari hidup yang tak ada masalah, tapi kegembiraan tu datang bila anda mampu selesaikan masalah yang menimpa dengan jayanya.

 

Habis macam mana nak meredakan jiwa anda yang gundah gulana, resah gelisah bila dugaan hidup datang menjelma? Apa perlu anda buat bila rasa hidup berjalan tak seperti yang anda nak? Berikut adalah perkara yang boleh anda ingat bagi menaikkan semangat anda untuk meneruskan hidup dengan gembiranya.  

 

TIPS BILA RASA HIDUP ANDA TAK SEPERTI YANG DIHARAPKAN

 

1. Ingat yang hidup ini umpama satu resepi masakan

Anda nak hidup anda sentiasa gembira, anda inginkan perjalanan hidup anda berjalan lancar dan nak bangun dari tidur bebas masalah. Anda nak rasa seronok dan rasa manis saja dalam hidup anda. Rasa lain tak nak! 30 tahun dari sekarang, bila anda tengok balik hidup anda. Barulah anda nampak, indahnya hidup anda bukan hanya sebab kenangan manis, kenangan pahit juga yang ternyata buat anda tersenyum.

 

Ujian hidup yang senang confirm ramai orang boleh tempuhi, macam mana agaknya dengan ujian yang pahit?

 

Oleh yang demikian, berusahalah untuk terima yang hidup kita ni gabungan rasa pahit, manis, masam, masin dan segala bentuk rasa.

 

2. Ingat yang detik waktu hidup anda berlalu sekelip mata

Berapa  usia anda sekarang? Mungkin 20an atau 30an. Memang 20, 30 tahun bukan tempoh yang sekejap. Lama! Tapi mampukah anda ingat peristiwa pahit yang berlaku 5 tahun yang lalu? Peristiwa atau ujian pahit yang pada waktu itu anda rasa stress, frust, kecewa dan marah.

 

Waktu tu anda rasa nak putus asa dan tak tahu nak buat apa. Tapi sekarang bertahun sudah berlalu, jadi adakah anda masih kecewa? Besar kemungkinan anda sendiri dah melupakan peristiwa atau ujian pahit yang pernah anda rasa konon-konon tak mampu tempuhi dulu.

 

Jadi bila musibah, masalah, ujian datang kepada anda, ingat satu benda ni. Ingat yang THIS TOO SHALL PASS.

 

Masalah yang datang kepada anda sekarang, akan sama juga berlalu pergi sama seperti masalah-masalah yang pernah anda hadapi dulu. Sebab hidup hanya sementara, hujan selebat mana pun pasti lama-lama akan berhenti juga.

 

3. Ingat yang anda sentiasa ada kuasa untuk buat sesuatu.

Ya, tak kira apa pun yang berlaku dalam hidup anda, pasti ada sesuatu yang boleh anda buat. Walaupun anda tak dapat mengubah ujian atau dugaan yang datang, pastinya anda tetap boleh mengawal sikap atau penerimaan anda terhadap masalah itu.

 

Ubah perspektif anda, pilih untuk lihat dari sudut yang positif, cari hikmah atas perkara yang berlaku, minta bantuan daripada orang lain, bina self confidence, belajar untuk memperbaiki diri dan fokuskan kepada perkara yang mampu anda kawal.

 

Benda kalau dah ditakdirkan nak jadi, maka jadilah ia. Masalah kalau nak datang, tak berjemput. Dugaan yang datang, tanpa peduli. Anda hanya perlu ingat, dalam hidup ni ada benda yang boleh anda kawal, anda benda yang anda tak mampu buat apa apa. Yang penting kalau tak nak basah kena hujan… beli payung.  

 

Subscibe channel youtube PulihDiri untuk dengarkan podcast-podcast motivasi harian. 

 

About Amirul Ramli

Menubuhkan Noetic Therapy Resources pada 2012. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi UIAM. Minat bidang motivasi, pembangunan diri, psikologi dan yang sama waktu dengannya. Sedang mengejar impian sebagai profesional speaker!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *